Tupperware Labuan

Friday, September 23, 2011

Petua membuang panas badan.

Hari tu aku cuba sapu minyak kelapa di kepala si Hana. Mama mertua aku pegang dia, rasa kepala Hana guna pipi. Dia cakap keluar panas dari kepalanya. Aku cuba juga, a'ah la, memang keluar panas.

Semalam Hana demam, 39.4c. Dengan bantuan ubat demam dan minyak kelapa, alhamdulillah surut ke 36c. Minyak kelapa tu aku sapu dan urut seluruh badan Hana, dari kepala sampai ke kaki.

Petua ni memang aku dengar lama sudah dari orang-orang tua dan ibu-ibu ni.

Kalau anak demam, boleh la cuba petua minyak kelapa ni, insya Allah berhasil.

Demam tumbuh gigi

Semalam bila sampai saja rumah Amit Hajah, terus Amit bagitau Hana demam. Baru pegang tapak kaki, sudah panas. Cek guna digital termometer, ya Allah, 39.4c. Over acting ka? Biar la over, ini anak first, mana la aku ada pengalaman macam orang anak 2 3.Memang sangat panas, bayangkan la tapak kaki baby yang panas, kepalanya lagi la panas. Selalu kalau aku ambil baju Hana mesti basah lencun sebab berpeluh. Kali ni langsung tidak keluar peluh.

Aku pun fikir, demam sebab tumbuh gigi ka ni? ( Ini la kan orang balik-balik cakap: sudah tumbuh gigi? Demam tidak? Tidak. Eh! Demam tu nanti, tengok saja la.) Ai, macam minta-minta anak aku demam pula, hmm...kalau cakap begini : mungkin demam tu.. mudah-mudahan tidak la.., ok juga kan?

Sebenarnya dari 1 September lagi aku sedar dia tumbuh gigi, masa aku cuci mulut Hana guna jari masa dia mandi. Sekarang sudah 23 September, baru mau demam. Entah la, sebab gigi ka, sebab apa ka, aku pun tidak pasti.

Jadi, apa yang aku buat ialah, balik rumah saja terus bagi makan ubat demam, 2.5ml, sapu dan urut seluruh badan Hana guna minyak kelapa (petua orang tua) untuk buang panas. Alhamdulillah, menjelang 4 petang aku cek balik suhu sudah turun 36c.

Cek dengan Doktor Ong, memang turun 36c, tiada infection, tiada sakit kerongkong, ada selsema. So, Doktor Ong cuma bagi ubat selsema, ubat titis hidung sumbat, ubat demam tiada sebab sudah ada. Ini yang bagus Doktor Ong ni, kalau ubat sudah ada dia tidak bagi lagi. Buat membazir saja beli ubat baru sedangkan ubat yang sedia ada masih boleh guna.

Balik rumah, bagi makan ubat. Silap teknik la aku, Hana minum ubat tu terbatuk-batuk, sampai muntah. Banyak lagi keluar susunya tu. Terkejut aku. Ingatkan BF ni macam sikitla nenen, sekali keluar masya Allah, mau-mau 5 -6oz yang keluar tu, lebih la lebih. Nangis punya nangis, pujuk-pujuk Hana, akhirnya nenen semahu-mahunya, untuk cover yang muntah tu la kan. Nampak betul kebulurnya masa tu. Mau bagi makan pun tidak terbagi sudah, lagipun masa bagi makan tengah hari, memang dia tidak mahu la. In fact, baru ja bagi dia breakfast bubur beras bario, memang tidak mahu juga..


Ada juga aku cakap sama Amit, entah-entah Hana sakit kerongkong sebab makan nasi (buduh kan aku hohoho) terus Amit cakap, "awu.. mun damam makan nasi, ada orang dulu-dulu damam tia saja.." har har har aku ketawa besar, hehehehe.. maksud aku tu mungkin dia nda biasa ka, sebab campur ikan dan sayur ka.. huhuhu..

Sekarang aku ambil cuti, atas nasihat mama.  Kalau tidak, aku plan datang lambat tadi, tapi si Hana menangis-nangis sampai meleleh hingus. Kebetulan hari ni banyak aktiviti kesihatan dari Jabatan Kesihatan. Daripada aku bodo-bodo di sekolah, baik aku jaga Hana.

Hai hai hai.. susah hati bila anak demam...

Wednesday, September 21, 2011

7 months young Nur Hana

Hana sekarang sudah 7 bulan, cepatnya masa berlalu.

Perkembangan?

Hana sekarang tidak boleh duduk diam. Kalau berdiri di atas riba, pusing mau 360˚. Kepala asyik mendongak mau pandang orang yang angkat dia.Badan ke depan ke belakang, ada saja yang mahu dipegang, dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun memilih, tapi kalau orang pegang tangan dia, ditarik masuk ke dalam mulut... aih..malu pun kadang-kadang ada, tapi itulah kepandaiannya sekarang.
Meniarap sudah makin master, tapi bergerak ala-ala komando tu belum pandai. Instead, Hana akan berguling untuk bergerak dari point A ke point B. Sangat bahaya ditinggalkan atas katil walaupun sekejap. Sungguh aktif anak sorang ni.

Kalau setakat mencakar muka, tarik hidung tarik telinga tarik leher mama babah nenek atuk makcik pakciknya bukan masalah besar. Ada sekali tu si Nurul mukanya dicakar Hana, terus si Nurul cakap "kau cakar muka aku ya cantik manis" hahaha macam kelakar pun ada, kebetulan pula Zara ketuk-ketuk kerusi, aku lagi cakap dengan dia" aaah tak usah la ko nak jadi tukang kayu di sana, lekas tukar baju kita nak ke rumah nenek kau." hehehhe pengaruh P. Ramlee.

Hana sudah pandai makan, alhamdulillah.. hari tu kisar ikan goreng, sawi yang dicelur, dengan bubur beras kampung. Habis 1 cawan licin, kesedapan ni si Hana. 

Kalau bercerita pun boleh tahan budak ni. Tapi jangan silap, Hana bercerita depan orang-orang yang dia familiar saja. Macam kami parentsnya, nenek atuk, pakcik makcik, nenek Amit Hajah. Kalau depan orang lain I'm sorry, sungguh pendiam.

Kadang-kadang Hana tidur meniarap, dia sendiri yang adjust. Bila dibaringkan marah pula. Asalkan dapat tidur selesa, selamat, ok la tu.

Kalau tengok buku, terutama buku yang banyak warna (katalog tupperware huhu)bukan main lagi excitednya, sampai berliur ni. Mungkin sebab warna dan bunyi kertas tu yang si Hana excited betul ni.

Giginya sudah tumbuh 1batang, sikit-sikit mau menggigit saja kerjanya. Mangsa utama, my B.. adehh siksa rasanya bila kena gigit tu. Kalau tiada kesabaran mungkin sudah switch dengan bottled feed, tapi tidak sampai hati juga. Sabar sajalah..

Hana sudah boleh cooperate dengan ring sling. Sebelum ni pakai sling kakak ku ja, sekarang sudah boleh pakai Hana guna sling yang aku beli. Jadi tidak la rugi babahnya beli mahal-mahal huhu...

Anak kesayangan mama babah..




Thursday, September 1, 2011

hana mau tumbuh gigi.

Tadi masa mandikan Hana, cuci la lidah dia pakai jari ku ni. Rasa macam ada gerigi di gusi si Hana. Wahhh!Mo tumbuh gigi budak ni rupanya :):)

Mama pesan jangan dikacau, nanti bengkak, demam pula si Hana. Ok, kita tunggu sampai keluar gigi tu betul-betul ok!

Excitednya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

mama syok sendiri hehe

senyum la cik hana

tahun ke3 beraya bertiga. tahun ke-4? jeng jeng jeng