Tupperware Labuan

Friday, October 28, 2011

Hana mau ikut pergi kedai.

26 Oktober, 2 hari lepas, aku rasa sangat-sangat penat dan malas untuk memasak. Jadi, aku pun minta abang Rijan belanja makan. Kalau ikut plan, dia pergi tapau sorang, aku dan Hana duduk rumah.

Abang Rijan sudah siap pakai baju untuk berjalan. Si Hana ni pula nda pasal-pasal ketawa-ketawa  tingu bapanya. Ai.. kasi cuba la juga bapanya ambil, rilek saja, boleh manja-manja lagi letak kepala di bahu bapanya. Aku ambil balik menangis pula. Hairan Bin Ajaib! Hehehehe.. ketara sangat lah si Hana sebenarnya mau berjalan ikut bapanya. First time dia menangis bila aku yang ambil.

Sekarang Hana sudah boleh kenalpasti kalau bapanya berlawa-lawa kan berjalan.
Dan dia mau ikut lagi tu hehe..

Wednesday, October 19, 2011

Hana, 8 months





Hana sudah 8 bulan sekarang, cepatnya masa berlalu, ini kalau mengandung, menunggu hari lagi ni mau beranak.
Mari aku tengok, apa sudah pandainya anak ni.

1. Sudah duduk dalam walker, ke kiri ke kanan ke belakang, ke depan nda pula huhu.
2. Sudah terer berjaga. Sekejap saja tidur, berjaga bukan main lagi. Tapi setakat ni malam tidur ok.
3. Sudah makan, dari umur 6 bulan lagi. Sekarang bubur masak pakai slow cooker, nurse suruh lecek saja bubur tu, nda payah blend lagi. Baru ada tekstur gitu.
4. Sudah pandai menggigit, kalau main dengan kertas, silalah berhati-hati, kalau tidak ada sudah kertas dalam mulut tu.
5. Macam pandai berlakon sudah ni, pura-pura nangis, pura-pura batuk. Minta perhatian mungkin. :)
6. Pandai pegang barang, paling dia suka cawan, sudu, mangkuk.
7. Pandai sudah menolak botol susu. Hurm.. datang balik perangai nda mau menyusu guna botol. Terpaksa disudukan.. sabar saja la..
8. Pandai sudah memusingkan badan, terutamanya kalau sudah malam, mood tidak berapa baik, babahnya pun susah mo pegang kalau sudah badan tu macam mo terbang pergi arah mamanya.
9. Pandai mo ikut orang berjalan, yang ini ketara la kalau nampak babahnya pakai baju mo berjalan terus diam-diam kalau kena ambil, tidak pula memilih.
10. Pandai cam bunyi kereta atau nampak kereta. Muka dari diam-diam boleh terus menangis nampak kereta sampai rumah Nenek Hajah. Aii.. sabar saja la..

Apa lagi pandainya anak aku ni, rasanya ada lagi, tapi tidak terfikir sekarang. Berat badannya pun tadi bukan di kawasan kuning lagi, ngam-ngam atas garisan. Syukur lah, mo juga naik beratnya.

Hana, Hana mo adik ka? hehehe