Tupperware Labuan

Friday, September 23, 2011

Demam tumbuh gigi

Semalam bila sampai saja rumah Amit Hajah, terus Amit bagitau Hana demam. Baru pegang tapak kaki, sudah panas. Cek guna digital termometer, ya Allah, 39.4c. Over acting ka? Biar la over, ini anak first, mana la aku ada pengalaman macam orang anak 2 3.Memang sangat panas, bayangkan la tapak kaki baby yang panas, kepalanya lagi la panas. Selalu kalau aku ambil baju Hana mesti basah lencun sebab berpeluh. Kali ni langsung tidak keluar peluh.

Aku pun fikir, demam sebab tumbuh gigi ka ni? ( Ini la kan orang balik-balik cakap: sudah tumbuh gigi? Demam tidak? Tidak. Eh! Demam tu nanti, tengok saja la.) Ai, macam minta-minta anak aku demam pula, hmm...kalau cakap begini : mungkin demam tu.. mudah-mudahan tidak la.., ok juga kan?

Sebenarnya dari 1 September lagi aku sedar dia tumbuh gigi, masa aku cuci mulut Hana guna jari masa dia mandi. Sekarang sudah 23 September, baru mau demam. Entah la, sebab gigi ka, sebab apa ka, aku pun tidak pasti.

Jadi, apa yang aku buat ialah, balik rumah saja terus bagi makan ubat demam, 2.5ml, sapu dan urut seluruh badan Hana guna minyak kelapa (petua orang tua) untuk buang panas. Alhamdulillah, menjelang 4 petang aku cek balik suhu sudah turun 36c.

Cek dengan Doktor Ong, memang turun 36c, tiada infection, tiada sakit kerongkong, ada selsema. So, Doktor Ong cuma bagi ubat selsema, ubat titis hidung sumbat, ubat demam tiada sebab sudah ada. Ini yang bagus Doktor Ong ni, kalau ubat sudah ada dia tidak bagi lagi. Buat membazir saja beli ubat baru sedangkan ubat yang sedia ada masih boleh guna.

Balik rumah, bagi makan ubat. Silap teknik la aku, Hana minum ubat tu terbatuk-batuk, sampai muntah. Banyak lagi keluar susunya tu. Terkejut aku. Ingatkan BF ni macam sikitla nenen, sekali keluar masya Allah, mau-mau 5 -6oz yang keluar tu, lebih la lebih. Nangis punya nangis, pujuk-pujuk Hana, akhirnya nenen semahu-mahunya, untuk cover yang muntah tu la kan. Nampak betul kebulurnya masa tu. Mau bagi makan pun tidak terbagi sudah, lagipun masa bagi makan tengah hari, memang dia tidak mahu la. In fact, baru ja bagi dia breakfast bubur beras bario, memang tidak mahu juga..


Ada juga aku cakap sama Amit, entah-entah Hana sakit kerongkong sebab makan nasi (buduh kan aku hohoho) terus Amit cakap, "awu.. mun damam makan nasi, ada orang dulu-dulu damam tia saja.." har har har aku ketawa besar, hehehehe.. maksud aku tu mungkin dia nda biasa ka, sebab campur ikan dan sayur ka.. huhuhu..

Sekarang aku ambil cuti, atas nasihat mama.  Kalau tidak, aku plan datang lambat tadi, tapi si Hana menangis-nangis sampai meleleh hingus. Kebetulan hari ni banyak aktiviti kesihatan dari Jabatan Kesihatan. Daripada aku bodo-bodo di sekolah, baik aku jaga Hana.

Hai hai hai.. susah hati bila anak demam...

No comments:

Post a Comment