Tupperware Labuan

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Eggless Choco Moist Cake- new version.




Hari tu, my sister try la resepi eggless choco moist yang aku post tu. Komennya, kurang sesuai dengan seleranya, dan mesti mo guna butter juga. So, hari ni tercapai cita-cita membakar kek coklat lembab tanpa telur ni, tapi kali ni ubah suai sedikit  resepinya. Bagi aku, memang sedap daripada yang asal, lebih moist dan kurang bau soda bikarbonat.Abang Rijan makan sampai licin, tinggal 2 potong jak lagi hehe. Insya Allah, malam ni baking mode lagi, mo bagi adik-adik aku.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor) tukar dengan tepung gula.
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil) guna butter pada suhu bilik
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady) tambah jadi 1/2 cawan
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan (plain)
* Vanilla Extract 1 sudu makan
 *Coklat cip secukupnya.

Cara-caranya:
Panaskan oven 170 c.
Campurkan semua bahan kering, ayakkan. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering. Tambah bahan basah satu persatu, adun menggunakan spatula. Campurkan coklat cip pada tepung, kemudian campurkan coklat cip yang bersalut tepung ke dalam adunan kek tadi. Bakar selama 30 minit. Kalau rajin boleh tambah topping.

Sunday, July 17, 2011

Eggless Moist Chocolate Cake

Akhirnya, dapat juga aku melaksanakan impian membuat kek coklat ni. Keinginan untuk buat kek ni diinspirasikan dari kegemaran mamaku yang suka beli kek ni masa bulan puasa (kan tidak lama lagi puasa). Jadi aku fikir, baik buat sendiri, lagipun sudah ada oven kan. Google punya google, jumpa satu website yang memaparkan resepi kek coklat tanpa  menggunakan telur. Hurm.. menarik! Tapi semalam abang Rijan heran, kenapa tidak guna telur. Aku cakap, resepi ni untuk orang yang alergi dengan telur. "Kita ada yang alergi telur ka? Tiada kan?" Erm.... aku jawab "memang resepi dia begitu.." Tapi aku suka resepi ni sebab senang dan kurang bersepah. No eggs, no butter, less messy. Super easy!


Recipe courtesy from Foodtale.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor)
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil)
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady)
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan
* Vanilla Extract 1 sudu makan

Cara-cara:
Panaskan oben 170 C.

Ayak semua bahan kering. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering, masukkan bahan basah 1 persatu. Gaul guna spatula sehingga sebati (guna mixer pun boleh, kelajuan yang minima). Ini aku belajar dari Masterchef, campuran yang seperti membelah lautan itu yang bagus.

Sapu loyang dengan minyak, dust loyang menggunakan serbuk koko. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Ketuk sedikit loyang untuk meratakan campuran  dan untuk mengeluarkan angin,

Bakar selama 30 minit. Aku bakar 20 minit ja sebab loyang terlebih besar, campuran tu pun nipis ja dalam loyang. Cek kek guna pencungkil gigi (I guna garpu), kalau pencungkil gigi bersih maknanya sudah  masakla tu.

Boleh topping sukati, semalam tidak sempat buat sebab kena tunggu kek sejuk, abang Rijan nda sabar mo makan.=)

 Selepas potong-potong untuk di bawa ke rumah sebelah, ada lagi baki abang Rijan simpan dalam tupperware dalam peti sejuk. Tadi test makan, still moist gitu, sedap!

Selamat mencuba!

Monday, July 11, 2011

Homemade Bread & Creamy Mushroom Soup with Shredded Chicken





Itu la rotinya yang diperbuat menggunakan BM ku itu.Resepi ikut dalam buku panduannya.
Untuk Creamy Mushroom with shredded chicken, ini lah resepinya.

Sedikit mentega untuk menumis
1 sudu shallots (bawang merah yang kecil) dicincang (or so)
2 sudu tepung gandum
1 kiub stok ayam
cendawan (dihiris atau didadu)
isi ayam yg sudah dimasak (shredded)
susu segar lebih kurang 500ml

cara-caranya:
Panaskan mentega (pastikan kuali tidak terlalu panas, kalau tidak habis semua berasap, bawang pun hangus), tumis bawang sehingga wangi. Masukkan tepung dan cendawan. Tumis lagi. Masukkan susu segar, gaul gunakan whisker supaya sup tidak berketul. Masukkan kiub ayam yang sudah dihancurkan dan isi ayam. Kacau guna whisker. Tunggu sehingga sedikit pekat dan berkrim. Sedia untuk dimakan.

Cubalah! Rasa macam sup pizza :)

Sunday, June 12, 2011

Homemade mushroom soup & bread

Setelah ku google, aku dapat the simplest recipe for mushroom soup dan roti paun. Thanks for sharing kepada recipe owner :)

So, the verdict:

Mushroom soup, menjadi dengan jayanya. Cuma mo rajin whisk tepung dan tambah sikit lagi kiub pati ayam untuk rasa yang lebih kick. Oh ya, mau rajin cari dada ayam juga, yang aku buat ni dada ayam tiada, sebab tidak jumpa di Bataras dan Hup Huat,mungkin di Milimewa atau Utama Jaya ada jual.

Roti paun? Paling kasian la ini satu..entah mana silapnya.. macam yis tu tiada harapan untuk hidup, mungkin aku salah kacau yis tu awal-awal, sampai tiada keluar buih-buih yis, macam mikroorganisma yis itu sudah gol.. atau mungkin aku memang tiada kemahiran menguli tepung?  Atau telur tidak segar? Kalau ini macam, saya mau beli breadmaker. Pasti beli! (Tunggu ada usin dulu huhu)

Selalunya kalau dulu-dulu, aku akan cepat putus asa kalau resepi yang aku cuba tidak menjadi. Tapi sekarang entah lah, mesti mo cuba sampai berjaya. Macam juga cheese cake hari tu, mula-mula tidak jadi. Lepas tu alhamdulillah, menjadi. Siap makcik abang Rijan pun kan mengorder kunun hehe (kalau order pun tidak jual la, tolong buat ja)

Cita-cita makan homemade bread bersama homemade mushroom soup tidak kesampaian, gara-gara roti tidak menjadi, tapi masih ada sup, boleh la beli roti di kedai dulu..

p/s: nanti operasi upload gambar.

Saturday, June 4, 2011

MISI BERJAYA PART 2 - cheese cake.

Sambung cerita misi berjaya tadi.

Bali rumah jak, terus semangat buat cheese cake, sampai lupa makan tengah hari! aku?? lupa makan?? magic betul la.. tapi memang betul, bukan main-main punya cerita, lupa makan!

tidak kisah la tu.. ok, mula-mula tu, buat cheese cake. ingatkan mo buat 2 loyang. satu untuk di labuan, satu untuk buah tangan di menumbok. sekali kunun malas la, mo adjust resepi, mo cepat. aku kasi double resipi tu. tepung 250g aku kasi jadi 500g, telur 3 biji aku kasi 6 biji, minyak makan 2 sudu, aku kasi jadi 4 sudu. masa memasak 20minit, 250 darjah celcius, sama ikut resipi asal. hasilnya??? kek tidak masak di dalam, hangus di luar. nah! padan muka ku. nasib baik ada mama, setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar, jadi juga kek aku.

Mama pun campin, masa tengah baking cake tu, on the phone sama Nadia. dia la yang suruh tanya mama. walaupun mama tidak pernah buat cheese cake, tapi pengalaman buat kek tu tetap ada. bila aku call kasitau mama yang kek ku itu seperti gunung berapi yang meletus, terus mama tanya, "kek ko tebal ka?" waa.. kedapatan disitu.. tidak perlu cerita, mama sudah tau.. memang pengalaman la juga kan mengatasi segala-galanya.

tanpa mama, nurul, lina, nadia, nda juga menjadi kek ku.. thanks to all.. memang sangat menghargai bantuan kalian gitu..

laki aku cakap rasa kek ku itu seperti boleh dijual dengan orang (meaning sedap la kunun). tapi tidak rajin la mo berjual, baking untuk terapi minda ku dan untuk menggembirakan orang-orang tersayang je..

nnt saya upload gambar kek.

Tuesday, May 31, 2011

chilled oreo cheese cake

Hari ni siap satu kek, Chilled Oreo Cheese Cake, thanks to Kak Long, biras kakak ku Nadia.

Inilah hasilnya :D