Tupperware Labuan

Tuesday, June 28, 2011

Hana sudah mahu menyusu guna botol

Syukur Alhamdulillah... senang juga rasa hati ku ini..

Hari ni terpaksa tinggalkan Hana lama sikit..sudah la hantar awal pagi tadi, gara-gara awan mendung dan memang aku pun mahu melantak soto kegemaran di gerai Tangah. Lepas tu tengah hari terpaksa pula hantar susu saja (selalu bawa balik kejap untuk nursing). Petang dekat pukul 4 baru dapat ambil.

Masa aku datang untuk ambil si kecil ni, Hana tengah baring-baring, borak-borak sama nenek Amitnya (macam banar saja si Hana ani). Amit kasitau la si Hana dari tengah hari tiada tidur lepas mengamuk. Lepas kena kasi baring di luar atas tilam bagi kipas, pakai baju & pampers ja baru diam. Kepanasan la tu confirm, serangan kemarau kan sekarang.. dengan aku pun tengah sorethroat, batuk dan selsema.

Aku tinjau-tinjau, 10oz juga habis oleh si Hana. Amit bagitau, Hana hari ni nenen guna botol saja tiada guna sudu. Kemudian Amit kasi nenen si Hana guna botol tu. And walla! Si Hana menyusu, tapi tangannya cakar-cakar gitu. Amit bedung tangannya terus diam menyusu tiada cakar-cakar harimau tu lagi. Syukur Alhamdulillah... senang hati aku bah... syukur...

Balik rumah, ada 1oz lebih, lebihan si Hana menyusu tu, oleh kerana masih bagus lagi, tapi tidak kan la aku mau simpan. So aku try susukan Hana guna botol tu. Aku bedung tangannya, dia diam-diam menyusu sambil tengok tv.. huhu.. syukur lah.. lepas ni tidak la susah hati sangat.. Hana boleh terima sudah puting botol..

Untuk pengetahuan, aku kasi Hana puting Pegion yang murah warna kuning, harga RM6.90, boleh guna botol apa saja. Bukan puting Pegion yang memang khas untuk botolnya sendiri tu.Lepas ni mau beli lagi untuk stok ganti hari-hari, tidak la cepat rosak nanti.

Sunday, June 26, 2011

Dilema anak tidak mahu menyusu guna botol..

"Baik ajar anak menyusu guna botol, mana tau susu kering."

Lepas dengar ayat tu, terus aku terkedu. Tiada jawapan.

Susu ibu adalah berdasarkan kepada hukum demand and supply. Selagi ada permintaan (selagi Hana mau menyusu badan) selagi itulah susu badanku akan dapat dihasilkan. Minta banyak, banyaklah hasilnya. Minta sikit, sikitlah hasilnya. Asalkan aku minum dan makan secukupnya, ok la tu. (Lainlah aku sengaja berlapar 24 jam non-stop, mungkin akan kering).

Dilema ku ialah, akan tibakah harinya, apabila Hana tidak mahu menyusu dengan ku, dan pada masa yang sama, tidak juga mahu menyusu guna botol, dalam usia tidak sampai 2 tahun?

Janganlah tiba hari itu, nauzubillah..

Ditakdirkan aku pendek umur.. macam mana lah anak ku ni nanti.. astagfirullah...

Adalah beberapa ibu yang otai sound aku, kenapa tidak diajar anak menyusu guna botol. Ada aku ajar, paksa. Kalau 1 jam lebih menangis, depan mata, dikasi biar? IDTS.

Nurse ada ajar aku, untuk ajar anak menyusu guna botol, 7 hari pertama, untuk sebelah pagi, susukan anak dengan susu perahan menggunakan botol. Kalau sudah 1 bulan, tidak mahu juga guna botol, macam mana?

Di sinilah aku menggunakan teknologi. Aku google. Rupanya, anak ku ni kira 1 in a thousand babies yang tidak mahu guna botol. Kalau baca thread forum orang, ada juga berbelas-belas ibu yang risau arakian anaknya tidak mahu menyusu guna botol ni.


Kesian juga sama makcik aku.. terpaksa guna sudu.. kalau guna sudu, habis juga 6-8 oz setengah hari aku pergi sekolah. Kalau guna botol, 40z pun susah-susah mau habis... dilema lagi...

Mudah-mudahan la Hana boleh terima botol juga 1 hari nanti..

Iklan Kempen Penyusuan Ibu Secara Ekslusif.

Baru tadi nampak iklan tu di TV1.Yang sempat aku tengok, ibu yang bekerja memerah susu menggunakan pam di tempat kerja. Mesej yang disampaikan adalah, memberikan bayi susu perahan ketika ibu bekerja dan menyusukan bayi secara terus apabila berada di rumah. Terus terfikir, "oo.. ini lah iklan yang Tangah Asmah cakap tu..". Terus teringat perbualan bersama Tangah..

Kenapa orang dulu-dulu bagi susu formula pada baby? Sebab kurang pengetahuan. Ya lah, orang dulu-dulu, tambah-tambah lagi keluarga sebelah bapaku (keluarga nelayan), mau dengar radio pun susah-susah. TV? Lagilah tiada. Internet jangan cakaplah. Sedangkan zaman aku kecil pun waktu tu bila mau internet connection, bunyi bukan main bising lagi bunyinya.

Oleh itu, kebaikan susu ibu tu tidak berapa diketahui oleh orang dulu-dulu. Malah ada yang fikir susu formula itulah yang terbaik Banyak vitamin. Mama aku cakap,  zaman dia beranak dulu, lahir-lahir saja baby, nurse terus sumbat susu botol. Nurse yang sumbat sendiri tu. Kalau sekarang, nurse tidak habis-habis nasihat ibu terutama ibu novice untuk susukan bayi dengan susu ibu sahaja.

Ada lagi satu mentaliti, kalau bagi susu ibu, sebab ekonomi. Yalah, susu ibu free, susu formula kena beli. Bila makcik aku (sebelah mama) tanya susu apa yang aku feed Hana, aku cakap la susu badan. Dia terus cakap, "ekonomi?" Terkedu aku sekejap. Kalau mau kata ekonomi, banyak sudah belanja untuk menyusukan Hana susu badan ni. Mujurlah kakak ku Nadia bagi aku pam Spectra 3 tu. Kalau beli sendiri, mau rm500 juga tu.

Kesimpulannya, maklumat sudah dihujung jari, terpulang kepada kita untuk memilih apa yang dirasakan terbaik. Bagi aku, biarlah aku teruskan dengan penyusuan susu ibu selagi mampu. Mudah-mudahan.. amin..

Thursday, June 23, 2011

you are not currently following any blog--- apahal?

saja buka dashboard untuk tengok blog yang aku follow punya update, sekali ada statement seperti tajuk di atas. hairan??? bila masa aku delete blog yang aku follow..

pening sudah ni blogger.com tau..

Saturday, June 18, 2011

Exclusive breastfeeding baby

Tadi sarapan di kantin makcik, makan soto Tangah Anyut. Macam biasa la soto Tangah Anyut memang signature dish lah, supnya memang sedap, tidak perlu tambah perasa sudah sedia sedap. Kalau mau cuba boleh ke kantin di Batu Manikar, sebelah Manikar Beach Resort Labuan.

Jadinya, kalau sarapan di situ, memang la berbual-bual dengan saudara mara ni. Keluar la cerita pasal baby menyusu badan sepenuhnya..

Kata Kakak Damit (sepupu), yang sudah ada 3 orang anak, paling tua tingkatan 4, paling muda tahun 4.. bayi menyusu badan sepenuhnya:

  1. memang badannya kecil berbanding bayi menyusu formula. Jadi jangan la susah hati sangat kalau baby tidak seberat baby lain.. yang penting baby kenyang.
  2. memang akan sentiasa mahu menyusu, sebab susu cepat hadam dan cepat lapar. Jadinya, kalau baby selalu nangis mau susu, bukan sebab susu tidak cukup, tapi memang begitulah kejadiannya tu..
  3. biasa lah tu kalau menyusu sekejap saja, kadang2 hanya untuk menenangkan dia untuk tidur, bukan lapar pun, jadi jangan la susah hati sangat kalau dia menyusu sekejap, kira seteguk dua la tu untuk baby tu..
Waktu Kakak Damit explain  sama aku, memang menaikkan semangat aku. Memang dia dan Kakak Nani (sepupu juga) menyokong penyusuan ibu sepenuhnya ni.

Pesan Tangah Asmah & Kakak Damit:
  1. Jangan kurang minum air, mesti selalu minum air. Air kosong, susu, jus.- Kalau baby menyusu direct, memang tidaklah masalah sangat, tapi bila pam susu, kalau kurang minum air, memang ketara sangatlah beza dengan banyak minum air.
  2. Jangan tidak makan.. makan saja jangan tunggu lapar, karang naik dugal (gastrik) - Ya, yang ni memang betul, aku lupa makan sampai trauma sakit perut huhu..lagipun kalau menyusu badan banyak bakar kalori, jadi sesuai la makan tu.. asal jangan over makan sudah la.
  3. Banyak makan buah-buahan, hidangan yang bersup.
Walaubagaimanapun, bagi pembaca di luar sana (kalau ada yang membaca la huhu), terpulang kepada anda untuk memberi susu ibu, atau susu ibu campur formula atau susu formula sahaja. Selagi anak kita sihat, tiada masalah, teruskan rutin penyusuan bayi anda. Entry ini hanyalah untuk membantu mengekalkan kecekalan ku untuk menyusukan anak ku sepenuhnya dengan susu badan.  Mudah-mudahan, panjang la rezeki Hana menyusu badan dengan aku... amin...

P/s: Terima kasih kepada Khatijah, isteri sepupu ku Jal, bagi puting susu fiffy dan botol susu non-bpa untuk test dengan si Hana.. al-maklumlah, si Hana tidak suka menyusu guna botol, guna sudu suka pula, huhu...

Tuesday, June 14, 2011

Pokoknya..aku ngak boleh putus harap..

Baca tajuk entry, confirm blogger.com ni fikir site ni dari Indonesia huahuahua..

Ini adalah entry untuk memotivasikan diriku..

Hari ini, dengan aktiviti mengepam susu pada pagi, petang dan malam, aku telah berjaya mendapat 8oz ebm. Alhamdulillah..

Pokoknya, mesti rajin pam susu.. kalau ada masa tu, contohnya masa Cik Hana tidur.. boleh lah pam, walaupun dapat 1oz saja.. 

Masa di sekolah boleh dapat hampir 5oz..petang boleh dapat hampir 2oz, sudah 7oz di situ.. malam, masa Hana tidur, 1oz pun sudah cukup bagus.. boleh la jadi bekalan Hana masa aku ke sekolah.

Insya Allah..aku harus menguatkan semangat, untuk mengepam stok susu dihari Sabtu dan Ahad. Manalah tau kalau aku terpaksa kursus luar Labuan..

Mudah-mudahan.. usaha dipermudahkan Allah.. amin..

Alhamdulillah...

Hari ini hari pertama hantar Hana ke rumah pengasuh, yang sebenarnya makcik ku juga (kakak kepada bapa), Amit Hajah. Dulu masa kami kecil pun dia yang jaga kami.. sekarang Hana lagi yang dijaga oleh Amit.

Al-kisahnya.. aku cuma membekalkan 4oz susu saja kepada Amit untuk diberi pada Hana. Kunun takut si Hana tidak mau menyusu guna botol, jadi takut membazir susu. Aku datang bawa Hana lebih kurang pukul 6.15pagi. Sudah plan awal-awal mau minta excuse dengan bos untuk skip assembly. Kiranya mau explain sama Amit macam mana mau handle ebm ni. Sekalinya, aku sudah silap perkiraan. Amit sebenarnya otai dalam hal penyusuan badan. Dia sendiri menyusukan anaknya sampai umur 3 tahun ++. Siap perah lagi, manual ok.. guna tangan. Haa.. campin ka inda campin tu? Aku sangat-sangat gembira. Kerana:
  1. Hana beruntung dapat Amit yang memang menjaganya dengan baik sekali (kami sendiri diasuh sewaktu kecil lagi, hasilnya pun alhamdulillah... :) )
  2. Hana is a very fussy infant. Botol? Sorry ya.. memang tidak prefer. Amit sanggup suapkan Hana susu guna sudu dengan penuh kesabaran. (Itu memang aku sendiri nampak, kebetulan ambil Hana dia sedang menyusu, diam-diam pula tu hehe) Kalau la orang lain yang jaga, mungkin tidak ada kesabaran macam yang Amit ada.. silap-silap orang tidak peduli pun sama anak aku huhu..
  3. Amit sangat menyokong penyusuan badan secara ekslusif. Siap call lagi malam suruh bekalkan susu banyak-banyak. Hasilnya? Susu 9oz (sehari, sebab ada kursus sampai petang) hari ni licin dihabiskan Hana, syukur...Amit juga sendiri cakap, kalau bagi susu badan, hati pun senang, susu tidak mudah basi, kalau muntah pun tidak berbau..dan banyak lagi..)
  4. Rumah Amit ada unggakan/kuyutan (buaian) , kalau nursery belum tentu ada.. si Hana suka buaian bah..
Banyak lagi la kegembiraan aku ni, tapi ya lah, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..

Insya Allah, semoga Hana dapat exclusive bf lama la.. setakat ni target 6 bulan dulu. Kalau tercapai, tambah lagi 6 bulan..dan seterusnya..(ikut kakak aku, Nadia..)

Sunday, June 12, 2011

Homemade mushroom soup & bread

Setelah ku google, aku dapat the simplest recipe for mushroom soup dan roti paun. Thanks for sharing kepada recipe owner :)

So, the verdict:

Mushroom soup, menjadi dengan jayanya. Cuma mo rajin whisk tepung dan tambah sikit lagi kiub pati ayam untuk rasa yang lebih kick. Oh ya, mau rajin cari dada ayam juga, yang aku buat ni dada ayam tiada, sebab tidak jumpa di Bataras dan Hup Huat,mungkin di Milimewa atau Utama Jaya ada jual.

Roti paun? Paling kasian la ini satu..entah mana silapnya.. macam yis tu tiada harapan untuk hidup, mungkin aku salah kacau yis tu awal-awal, sampai tiada keluar buih-buih yis, macam mikroorganisma yis itu sudah gol.. atau mungkin aku memang tiada kemahiran menguli tepung?  Atau telur tidak segar? Kalau ini macam, saya mau beli breadmaker. Pasti beli! (Tunggu ada usin dulu huhu)

Selalunya kalau dulu-dulu, aku akan cepat putus asa kalau resepi yang aku cuba tidak menjadi. Tapi sekarang entah lah, mesti mo cuba sampai berjaya. Macam juga cheese cake hari tu, mula-mula tidak jadi. Lepas tu alhamdulillah, menjadi. Siap makcik abang Rijan pun kan mengorder kunun hehe (kalau order pun tidak jual la, tolong buat ja)

Cita-cita makan homemade bread bersama homemade mushroom soup tidak kesampaian, gara-gara roti tidak menjadi, tapi masih ada sup, boleh la beli roti di kedai dulu..

p/s: nanti operasi upload gambar.

Friday, June 10, 2011

Hana: rolling over

Today, Hana tried very hard to roll over, chaiyo chaiyo! Alhamdulillah, another milestone for dear Hana. Badannya sudah dapat pusing, tapi kepala belum dapat angkat, dan tangannya sebelah (kanan) terkepit dibawah badan. Gambar? huhu.. tidak sampai hati pula tengok Hana begitu..bagi juga peluang sama Hana, tapi dalam masa beberapa saat aku cepat-cepat pusingkan dia balik, takut lemas atau apa-apalah yang berbahaya. Dan memang Hana pun bergelut untuk betulkan kedudukan badannya.

1 minggu lagi Hana 4 bulan. Hana is progressing well, syukur..nanti kalau Hana sudah betul-betul stabil meniarap, pasti snap gambarnya.

p/s: baru kejap tadi Hana ketawa, ini kali babahnya pun dapat tengok. Kalau mau dikira, baru 2 kali la Hana ketawa, huhu..

Trip to Ranau: Nenek


Di dapur, suasana meriah ,riuh rendah. Hana aku angkat gaya kanggaroo. Nenek mo ke bilik, berhenti sekejap depan kami..
Nenek bilang.. "kodo-kodo.." maksudnya "kecil-kecil".. sebutan kodo-kodo  bukan dengan bunyi vokal O, tapi macam huruf E, tapi inda juga macam huruf E.. susah la pula mo kasi terang, huhu..

Malam pertama, Hana menangis tidak berhenti-henti... semua orang cuba kasi tenang Hana. Last-last Nenek datang..
"Ini budak sakit ni" Nenek bilang. Aku pun tidak tau mo cakap apa. Nenek angkat si Hana, sapu dengan minyak yuyee cap limau. Aku memang ada beli, tapi tinggal di rumah. Aku bawa minyak Po pula. Nenek bilang lagi "itu tidak sesuai sama budak kecil." Nenek sapu perut Hana sambil tiup-tiup perut Hana. Pun tidak mo diam juga. Lepas tu aku ambil si Hana, keluar la suara soprano ku, menyanyi-nyanyi sana. Diam juga Hana akhirnya, baru Nenek turun bawah.. (rumah 2 tingkat ba.. kami tingkat atas).

Di bilik Nenek,ada mama, makcik Ulai dan Nenek tengah lepak-lepak. Aku saja la menjengah-jengah sana. Hana pun mood ok, mo senyum-senyum masa tu. Tiba-tiba Nenek cakap sesuatu dalam bahasa Dusun (masa tu aku tidak paham) lepas tu ajuk cara aku pujuk si Hana kasi diam, keluar juga suara soprano Nenek masa tu. Ketawa la aku masa tu, hoho.. apa la.. macam exaggerate ja Nenek hehehe.. :)

Masa sarapan ubi kayu rebus, aku buat dialog ala-ala Masterchef Australia dengan Makcik Iluk. Nenek bilang," bah cepatlah kau makan, nanti anak kau menangis, padan muka." hehehee kena sebijik.

Masa sarapan sebelum balik Labuan. Aku cakap sama Nenek, "Nenek datang la Labuan..", Nenek bilang, "hm, malas saya". hehee.. ya la, sudah la panas Labuan ni. Tidak lama lepas tu, keluar cerita Nenek, ada orang pesan dengan dia, jangan sesat di Labuan. Attuukooii! Nenek? Sesat? Siapa la cakap sama Nenek begitu tu?? Lepas tu, keluar lagi cerita Nenek, adalah beberapa cerita. Tapi yang paling best, masa Nenek order sate. Tapi orang tu bukan bagi sate, dan orang tu insist cakap tu sate. Nenek marahla kan orang tu macam mo mempermain-mainkan Nenek ni. Last-last dia bilang "kau ingat kau cantik sangat? Kalau saya muda, saya tanding sama kau..!" ayat seterusnya sendiri mo paham sendiri lah, hehehe.. hurm.. patutlah kadang-kadang (atau selalu) aku macam tu juga.. it runs in the blood (tidak pernah tengok Nenek marah macam tu).

Bila cerita sama mama & Makcik Iluk dalam kereta (perjalanan ke Kota Kinabalu), ketawa durang. Kemudian Makcik Iluk cakap, orang cakap Nenek masa muda macam Maria Menado.. cantik tu.. :)

I love my Nenek, rindu dengan dia. Insya Allah akan memijak tanah Ranau lagi untuk melawat Nenek..

p/s: Nenek pernah doakan aku, "semoga kamu dikurniakan cahaya mata.." terharunya aku..

Trip to Ranau: Mamamss..

1st day, kenduri arwah atuk. Menu special, ayam masak rempah special & mix veggies nenek's signature dish, yummy!

2nd day special: Tapioca from nenek's very own garden. Direbus dan dimakan dengan kelapa parut dan gula. Memang tip top! Kemudian, meratah tebu merah, juga dari kebun nenek. :)

3rd day special: Jus tebu, fresh dari kebun. Pakcik Ah Leng dan anaknya Asmawi tebas tebu di kebun nenek, dan dimesin terus masa tu juga! Tiada peram-peram. Kami minum tebu yang direct diperah dari mesin (makcik Iluk tapis la dulu). Masa tu aku hilang ingatan sudah, pigi berebut sama sepupu-sepupuku yang kecil nian itu.. huhu.. owh, masa ni Hana sedang tidur, di bawah pengawasan Nurul & Nana.

malamnya pula, makan betik, pun dari kebun nenek. Lazat dan nyaman nih! Aku yang habiskan potongan terakhir betik tu, Nurul dapat makan sikit. Makcik Iluk cakap,"mau lagi ka? ada lagi tu sana, di pokok." Terus aku dan Nurul berpandangan, terketawa, huhuhuh..bukan apa, malam bah sudah tu, inda jua berkarih kali aa.. tapi kalau difikirkan, memang syiok la di Ranau, mo makan betik? Pergi la cabut di pokok dalam kebun nenek :)

4th day special, lunch dengan umbut kelapa sawit. Rasanya lebih manis dan tekstur lebih lembut berbanding umbut kelapa biasa. Umbut kelapa sawit telah diusahakan oleh Pakcik Nasir, suami Makcik Oton, dan dimasak sup bersama ayam segar dari ladang. Ayam tu Makcik Iluk beli di pasar, hidup-hidup lagi. Disembelih oleh Pakcik Nasir. Tiada la rasa lantuh macam ayam di supermarket tu. :)


Ditambah dengan menu mix veggies, lesun (sejenis daun bawang), lada putih dan bungan kantan. Ditumis bersama ikan bilis, disediakan oleh Nana, sepupuku yang sedang bercuti.(Nana belajar di IPGM Keningau).
Kiranya makan tengahari hari ni masakan vegetarian gitu. Sebenarnya, aku mo makan daun lesun tu saja, tapi di pasar Ranau sekarang tidak jual lesun tu lagi, cuma dijual dalam peket mix veggies tu..


5th day special? Tiada lagi.. hari ni kami berangkat pulang ke Labuan. But i manage to bring some of nenek's limau kasturi. Addin (anak makcik Oton) dan Kiki (anak makcik Ulai) yang tolong petik. Sekali kena marah da sama nenek, nenek fikir durang 2 mo bikin main-main tu limau. Kemudian aku explain sama nenek yang aku mau bawa ke Labuan, nenek pun cakap,"oooo baru saya paham....". :) bising juga durang-durang masa tu kenapa aku mau limau kasturi. Susah aku mau cari perkataan yang sesuai, last-last dapat juga.. sentimental value.. semua tempat pun boleh beli limau kasturi, tapi tidak sama dengan limau kasturi dari kebun nenek.. Makcik Oton pun ada kasi petai yang dijeruk, aku ambil 2 botol, satu untuk kami, satu untuk mertua ku di Menumbok.

Senyum seindah suria :)

Yang sebetulnya, lama sudah Hana ku ini pandai senyum. Tapi senyumannya sangatlah mahal. Hanya senyum pada masa-masa tertentu sahaja..

Lepas tu, asal mo digambar, terus mata terkebil-kebil dan senyumannya hilang. Simpan saja kamera, keluar balik senyumannya, macam sengaja tidak mo digambar.

Haa... inilah akhirnya, dapat juga digambar senyumannya ni.1 lesung pipit saja okey.. sepupu ku di Ranau, Nana, cakap, ada petua orang tua-tua, guna batang sirih untuk dicucuk di pipi tempat yang mau dibagi lesung pipit. Malas la aku.. biar la Hana dengan signature smile nya kunun... satu lesung pipit ja...

no bottle please!

Alhamdulillah, Amit Hajah (kakak kepada bapa ku) sudi jaga Hana di kala aku bekerja. Mujur la aku ni cikgu, jadi Amit pun tidaklah keberatan menjaga. Bak kata Amit, banyak aktivitinya. Aku pun faham, Amit kalau tidak ke laut tidak boleh duduk senang. :) Lagipun, masa kami adik beradik damit-damit dulu, Amit juga yang mengasuh kami, lepas tu kadang-kadang tidur rumah Amit lagi.

Yang menjadi kerisauan aku sekarang, si Hana ni.. tidak mau menyusu botol! Mama insist, musti ajar jugak jugak. Tidak boleh tidak. Bah.. aku tidak la mo menyusahkan Amit nanti.. hurm..

Maka, bermulalah misi ku mengajar Hana menyusu botol. Ada stok EBM ku dalam peti sejuk, aku cairkan. Kalau baru mo pam, mana sempat. Aku pun cuba susukan Hana. Akibatnya? Menangis tidak berhenti-henti mo 1jam lebih juga la.. sampai keluar air mata. Jarang juga si Hana ni menangis ala-ala neng yatimah ni, sabar sajalah. Kena juga keringkan hati.  Mo panggil adik-adik ku disebelah rumah, mungkin penat ka tu, tidur ka tu.. malas la mo kasi rosak mood orang pagi-pagi ni..

Di coba dan di coba dan di coba.. semuanya gagal. Picit puting susu? Sudah. Kasi lekat dengan badan ala-ala menyusu badan gitu? Sudah. Disayang-sayang, dipujuk-pujuk, diusap-usap? Sudah. Menyanyi mendodoi? Sudah..

Last-last, aku cakap dengan Hana.."ok, mari kita try, kalau susu badan pun nda mau, maka Hana belum lapar la tu. Tapi kalau mau susu badan, maknanya memang nda mau la tu botol tu." Aku try la kan, terus menyusu dengan tersedu-sedu. Hai.. sedih juga aku melihat Hana macam tu..

Hana.. jangan lah begitu.. mama ni kerja.. untuk kita juga..kena lah mahu menyusu pakai botol...

Untuk rekod, Hana memang pandai menyusu guna botol sebenarnya, bukan tidak pandai.. tapi dia tidak mahu, ok.

Cepat-cepat la Hana 6 bulan..boleh bagi makan bubur sudah..at least, tidak la lapar sangat nanti kalau Hana still refuse botol..

Saturday, June 4, 2011

Hana ketawa

Hari ini (3 Jun) mood swing Hana betul-betul la memeningkan aku. Sudah la aku lupa makan, sabar saja la. Nangis saja si Hana, aku pun tidak pasti, entah-entah dia tau barangkali dia mo ke Ranau? Terus tidak mau ikut? Entah la.

Oleh kerana nangisnya itu tidak dapat ku redakan dengan sekejap, maka aku bawa la dia ke bilik untuk menenangkan dirinya dan fikiranku, antara caranya, bf secara baring. Yang ini memang favorite si Hana, boleh nampak perbezaan besar antara bf duduk dan  bf baring.

So tadi, aku cuba la switch position, dari baring ke duduk. Risau juga kalau si Hana tidak boleh tolerate bf position selain baring. Kalau mo baring ja 24 jam, susah la kalau dalam kereta ka, di kedai ka.

So, masa duduk tu, Hana terus berhenti bf. Matanya lirik-lirik sama aku. Aku bawa la dia bermain, agah-agah. Sekalinya, tidak semena-mena Hana ketawa! Agak banyak juga la ketawanya tu, cumil pulak tu. Itu la kali pertama Hana ketawa, selama ni senyum jak. Sekali bawa keluar ke ruang tamu, hilang sudah ketawanya. Lepas tu, menangis lagi balik. Humm...

Agak-agak dia ketawa tu, beberapa minit lagi pukul 8 malam (masa keluar ke ruang tamu tidak lama lepas tu Buletin Utama)

Looking forward to see Hana's first of everything. :-)

Ada orang kisah?

Pernahkah terjadi situasi, bila anda lapar, dan ada orang tahu, tapi orang tidak peduli pun? Pernah? Ya, saya pernah.

Sekarang sudah hampir 2 pagi, tadi ?Hana menangis dan berjaga, so i decided to turn on the notebook. Dan saya rasa saya diserang gastrik.. sakitnya macam kan menangis..

MISI BERJAYA PART 2 - cheese cake.

Sambung cerita misi berjaya tadi.

Bali rumah jak, terus semangat buat cheese cake, sampai lupa makan tengah hari! aku?? lupa makan?? magic betul la.. tapi memang betul, bukan main-main punya cerita, lupa makan!

tidak kisah la tu.. ok, mula-mula tu, buat cheese cake. ingatkan mo buat 2 loyang. satu untuk di labuan, satu untuk buah tangan di menumbok. sekali kunun malas la, mo adjust resepi, mo cepat. aku kasi double resipi tu. tepung 250g aku kasi jadi 500g, telur 3 biji aku kasi 6 biji, minyak makan 2 sudu, aku kasi jadi 4 sudu. masa memasak 20minit, 250 darjah celcius, sama ikut resipi asal. hasilnya??? kek tidak masak di dalam, hangus di luar. nah! padan muka ku. nasib baik ada mama, setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar, jadi juga kek aku.

Mama pun campin, masa tengah baking cake tu, on the phone sama Nadia. dia la yang suruh tanya mama. walaupun mama tidak pernah buat cheese cake, tapi pengalaman buat kek tu tetap ada. bila aku call kasitau mama yang kek ku itu seperti gunung berapi yang meletus, terus mama tanya, "kek ko tebal ka?" waa.. kedapatan disitu.. tidak perlu cerita, mama sudah tau.. memang pengalaman la juga kan mengatasi segala-galanya.

tanpa mama, nurul, lina, nadia, nda juga menjadi kek ku.. thanks to all.. memang sangat menghargai bantuan kalian gitu..

laki aku cakap rasa kek ku itu seperti boleh dijual dengan orang (meaning sedap la kunun). tapi tidak rajin la mo berjual, baking untuk terapi minda ku dan untuk menggembirakan orang-orang tersayang je..

nnt saya upload gambar kek.

Friday, June 3, 2011

MISI BERJAYA PART 1

Seronoknya dapat keluar tadi ditemani adikku Nurul (appreciate it so much) and of course, cik Hana yang damit itu (tidak boleh tinggal, lagipun tiada yang menjaga, kalau ada pun tetap dibawa).

Mula-mula breakfast di Mc'D. Masa tu la mo try ringsling yang baru, sudahnya ringsling nda terpakai, Hana pun terbangun. Kemudian, Nurul beli Hot Cakes yang sejuk. Kelakarkan? Hot cakes, tapi sejuk, hahaha! (ketawa menyampah la ni) Ditegur karang ada la kena jeling, itu cukup bagus. Kalau makanan tu kena apa ka apa ka.. naya la..


Tetapi itu tidak penting.


Next, pergi Klinik Dr.Ong, ingat mo beli ubat untuk thrush Hana. Tapi bila tengok packaging ubat tu, macam gambar di pacakaging sigup jak aku tingu, terus fobia. Sudahnya, hanya akan mengambil ubat setelah mendapat nasihat direct dari Dr.Ong. Oh ya, Dr. Ong cuti, itu la pasal mo ambil ubat ja... bila fikir-fikir, adakah Dr.Ong bosan dengan kehadiran ku ke kliniknya? Adakah aku datang dengan masalah yang remeh temeh? Well, aku ni datang bawa untung juga maa... lagipun, adalah normal bagiku untuk risau. So, datang saja lah.


Seterusnya, pergi Sin Kwang. Tapi oven tiada pilihan,mahal pula tu.

Next, pergi kedai Soon Ivy, beli tepung optima, tepung roti, tepung gandum, cheddar cheese, cream cheese.

Kemudian, ke UK (Ujana Kewangan, bukan United Kingdom). Pergi Parkson, jumpa loyang yang boleh dibuka di bawah. Ada ciri-ciri non-stick lagi kunun. Harga boleh tahan, RM27.90. Harap boleh pakai lama.. kalau begitu mahal pakai sekejap ja, mengecewakan! Next, cari oven. Harga RM129. Ok la rasanya, siap suruh testing lagi, kasi masuk loyang lagi muat ka inda. Kalau inda muat apa kejadahnya.. huhu.. tapi sebelum tu ada ke Cosway, tanya pasal oven. Rupanya mo kena order dulu. Jadi aku terus set mind ku, breadmaker mesti mo kena order ni dulu. Tidak apa, itu hold dulu.

Pastu balik..

All in all, puas hati la. Hana pun tidak meragam. Alhamdulillah.. insya Allah hari ni mo siapkan 2 cheese cake, satu untuk sini, satu untuk bawa buah tangan ke Menumbok esok.

Insya Allah, nanti kakak ku balik, boleh la aku buatkan untuk durang pula.

Thursday, June 2, 2011

Misi gagal

Misi untuk berjalan-jalan hari ini gagal. Mungkin esok dapat dijayakan. Walaupun jalan berdua saja dengan Hana..

Esok saya mau..
  1. beli oven atau breadmaker. (Kemungkinan besar beli oven la dulu, breadmaker can wait.)
  2. beli bahan buat cheese cake (entah kenapa baking mode menguasai diri, rasa macam terapi jak buat kek ni)
  3. pergi klinik untuk ubat thrush si Hana..
Stressnya hari ini.. stress sebab niat mo berjalan-jalan tu inda kesampaian..bila stress tu anak pun kejangkitan stress. Terus aku seperti ibu yang jahat... kena ambil beberapa saat untuk tarik nafas dan bertenang.

Sekarang Hana sudah tidur, aku pun mau muhasabah diri.. kenapa la stress sangat tu kunun.. biasala kan manusia. Tapi betul la kata orang, kalau mama stress, baby damit-damit tu pun bulih rasa stress tu, dia pun stress sama-sama. Akibatnya, stress saja la kerja kami berdua.

Oleh itu, mari tenangkan fikiran beramai-ramai.

Senarai aktiviti semasa cuti.

Berapa hari lagi mo ke Ranau. Tapi sebelum itu, ada beberapa benda yang aku mau cuba buat.
  1. Buat homemade bread, (laki suka makan, daripada balik-balik beli di kedai, bagus buat sendiri.) tapi kena beli breadmaker dulu, tumpang point kakak ku Nadia beli di cosway.
  2. Homemade mayonnaise (yang ni memang kami suka makan, terutama sebagai sandwich spread)
  3. Cheese cake. (yang ni laki ku pun suka makan, bukan ja laki, adik beradik ku pun suka makan)
Resepi sudah ada, oven kena tunggu betulkan wayar dulu (telah digigit oleh saudara marKUS) kemudian beli bahan. Hari ini mesti mo jalan-jalan cari pasal, eh! bahan.