Tupperware Labuan

Wednesday, September 19, 2012

buat pemeriksaan rapi sebelum ambil ubat turun darah

Terpanggil aku untuk berkongsi sesuatu berkaitan kedatangan haid ni..

banyak aku terbaca dalam ruangan internet ni.. kalau period tidak datang, jumpalah doktor untuk mengambil ubat turun darah.

aku pun tidak sure ubat turun darah tu macam mana rupanya.

masa bulan puasa, aku ada cakap dengan abang aku, kalau sehingga raya aku masih belum period, mau jumpa doktor minta ubat untuk turun darah.

bayangkan, kalau aku betul makan ubat turun darah tu, tanpa mengetahui dan memeriksa bahawa yang aku sudah mengandung masa tu? apa akan terjadi?

kebanyakan post yang aku baca di internet, doktor suruh ambil ubat turun darah tanpa ada usaha untuk melakukan apa2 pemeriksaan seperti scan dan sebagainya untuk memastikan wanita tersebut tidak hamil.

jadi, nasihat aku.. buat la pemeriksaan rapi, kita boleh insist dari doktor, bukan dia periksa free pun..dia kena bayar. syukur pada Allah..nasib baik aku tau aku mengandung..kalau tidak entah apa la yang terjadi..

Monday, August 27, 2012

Setahun lebih tidak datang bulan tetapi mengandung

OK, aku cuba-cuba google dengan statement di atas, tapi tiada pun yang aku jumpa berkaitan dengan apa yang aku mau baca. Oleh kerana itu, biar aku la yang buat tajuk ni.

Sepanjang Hana dilahirkan, cuma sekali saja aku datang bulan, itupun cuma beberapa hari (tidak sampai seminggu) dan period sangat sikit. Boleh pakai cloth pad lagi tu.

Hana menyusu badan ekslusif selama 6 bulan. Kemudian aku campur dengan susu formula. Tapi masih lagi tiada period. Tahun lepas aku puasa penuh. Tahun ini hampir penuh, tapi memandangkan batuk yang sangat teruk, terpaksa sungkai 1 hari demi meneguk air suam dan ubat batuk.

15 Ogos 2012.Badan terasa sangat sejuk. Siap pinjam-pinjam shawl orang lagi sebab tidak tahan sejuk. Sengaja lagi berpanas bawah matahari mo kasi panas badan.

Hujung-hujung buat keputusan pergi klinik desa, sebab dulu pernah demam waktu mengandung si Hana tapi tidak sedar pun demam sampai nurse yang cek baru tau demam.

Sampai klinik, tunggu punya tunggu, jumpa dengan nurse yang selalu cek aku..kak norizan.
"ko mengandung ka tasha??"
"eh tiadalah, badan ku rasa sejuk-sejuk. ntah demam ka apa, tu la mo cek."
"kita cek upt dulu ye.."
"bah ok boleh ba.."

masa tu memang tidak fikir apa-apa langsung..ya la.. sudah la tidak period 1 tahun lebih, macam mana mau mengandung..

the moment of truth.. kak norizan ni pun masuk kan la strip test tu dalam urine itu.. nda lama lepas tu senyum-senyum..
"nah.. tasha, mengandung sudah kau.."
"hah! betul bah??"
"betul la ..nah tengok terang sudah 2 line, pikir orang main-main.."
"astagfirullah.. alhamdulillah.. masya Allah..."

ketawa-ketawa sudah nurse tu..memang aku speechless la masa tu..sangat tidak sangka-sangka.. rezeki Allah sudah mau bagi.. ALHAMDULILLAH...

aku sangat-sangat bersyukur dengan rezeki Allah beri ni.. siapa la sangka. Abang ku pun terkejut. Yang lucunya.. lepas tau sudah pregnant tu..sana la mau muntah la..pening la.. apa la... sasaknya akuuuu... tapi sebaliknya aku bersyukur..sekurang-kurangnya aku sudah boleh berjaga-jaga dari sekarang, jangan makan macam-macam..hati-hati..

kakak ku Nadia cakap, aku macam Yeonsaeng dalam Jewel of The Palace. Kena hati-hati la makan takut tekanan darah tinggi semasa mengandung menyerang lagi.

Aku berdoa agar perjalanan kehamilan kali ini dipermudahkan. Anak yang dilahirkan sihat-sihat hendaknya.. mudah-mudahan segalanya diberkati Allah..amin..

Hana 1 tahun 6 bulan

fuh fuh fuh.. berabuk sudah blog ni, sudah berapa la
ma da tidak update.

First of all.. si Hana sudah pun 1 tahun 6 bulan.. paling last update umur 10 bulan..lamanya tu...

Kepandaian Hana sekarang..

1. Faham kalau di suruh ambil barang.. contohnya: Hana tolong ambilkan remote. Hana tolong ambilkan tisu dan sebagainya. Boleh harap sudah kalau tolong ambilkan barang.

2. Duduk mencangkung. Si Hana selalu main dengan kaki kipas berdiri di ruang tamu. Sana la kami selalu perhatikan dia duduk mencangkung.

3.Pura-pura menangis. Kadang-kadang ada benda yang Hana tidak puas hati. Mula-mula berteriak, lepas tu menangis dengan suara yang kuat. Tapi sebenarnya bukan menangis pun..minta perhatian ja..

4. Pandai angguk pandai geleng. Dia tau apa yang dia mau dan tidak mau. Pintar sudah ni.

5. Pandai panjat dan turun kerusi. Tapi setakat ni mesti di bawah pemerhatian ok.. nda berani kasi biar sorang-sorang..

Banyak lagi sebenarnya.. tapi tu ja la yang aku ingat.

Apa yang sepatutnya dia sudah pandai tapi belum pandai.. BERJALAN. ada masanya si Hana berdiri tanpa bantuan kami. Tapi kebanyakan masa Hana mesti mau ada yang pegang. Apa kami perasan, dia ni macam takut dan tidak mau ambil risiko. Macam dalam hatinya, "sebelum aku jatuh baik aku duduk sendiri".

Mudah-mudahan la berjalan juga anak aku satu hari nanti.. amin...

Thursday, December 29, 2011

10 months Nur Hana

1. Pandai makan sudah ya, dipapak dulu makanan tu baru ditelan. Syabas mere bete! :)
2. Belum berapa pandai duduk, still practicing.
3. Sangat terer melawan mata. Tidur 15 minit sudah cukup untuk berjaga 5 jam. (Syukur lah tidak berjaga malam).
4. Selalu ikut mamanya pergi dapur. Sambil-sambil aku cuci piring, memasak, si Hana pun ada kerjanya sendiri. Exploring the kitchen, tolong aku kemas-kemas piring yang dapat di capai, tarik-tarik plastik.
5. Alhamdulillah, aku perhatikan walaupun aku selsema, Hana tidak mudah terjangkit. Syukur.. mungkin berkat breastfeeding.
6. Suka sangat main air masa mandi. Ha.. yang ini kadang-kadang kegeraman aku melihat kecumilan si Hana menjadi kegeraman yang geram sebab si Hana di suruh berdiri dengan sengajanya mengangkat kaki supaya dapat duduk balik dalam tub mandinya. Aduii.. sudah la ada ekzema. Lepas mandi ja kalau sudah lama dalam air naik la ekzemanya tu..
7. Kalau ikut kata babahnya, si Hana pandai upuk-upuk, tepuk-tepuk kasi tidur dirinya sendiri atau tepuk-tepuk mama babahnya (macam kami upuk-upuk dia untuk kasi tidur).
8.Asal ditukar baju mesti mengamuk, aku pun tidak paham kenapa.

Hurm.. kalau anak orang lain, mungkin sudah pandai berdiri.. Hana pula, masih belajar untuk duduk, merunggau pun perlahan-lahan.. Nurse KD cakap, kalau umur 11 bulan masih belum boleh duduk, mau rujuk dengan pakar. *SIGH*

Aku secara peribadi rasa, setiap baby ada perkembangannya sendiri, lambat atau cepat, ikut baby tu juga. Aku nda mau la terlalu risau.. aku bukan defensive, aku redha. Dalam masa yang sama kami berusaha juga train si Hana ikut kemampuan dia. Tidakkan la mau paksa-paksa kan. apa-apapun, I am still a happy mother, I love my Hana so much, and I'm proud of her. Muaaahhh!!


Apa Cerita Nur Hana?

Sudah sekian lama aku tidak bersiaran, .macam-macam sudah cerita si Hana. Hari tu, kami ke kl,tanpa babahnya sebab tiada cuti. Syukur ada mama dan Aqil, tidak juga la aku terkial-kial di situ.

Banyak perubahan Hana masa di KL dari segi sosial. Mula-mula tu, pendiam la macam biasa, memilih. Selalu resah dan gelisah. Asal aku hilang di matanya, mulalah nangis-nangis, kemudia ada lagu "Gelisah" sumbangan Aunty Nadia. Tapi semakin hari semakin ok la si Hana. Boleh goyang-goyang kepala time orang menyanyi,

Dan oleh kerana aku pemalas (huhuhu) si Hana aku bagi makan nasi biasa, bukan bubur. Tidak sangka pula dia pandai makan, mengunyah macam orang besar. Jadi seronok la Hana makan macam-macam hehe..

Balik Labuan, tidak lama kemudian Hana demam, selsema hingus meleh-leleh. Sebagai ibu, macam-macam sudah kerisauan aku. Rupanya si Hana mau tumbuh gigi.. menggigit saja kerjanya :(

Kemudian, balik kampung babahnya. Aku yakin ja bagitau keluarga mertua yang si Hana sudah ok, peramah, tidak memilih. Sekali, datang balik perangainya yang menangis teriak-teriak ni.. adoii.. mo berak pun susah nih. Kakak aku cakap, separation anxiety.  Hurm.. sabar sajalah..

Paling hebat, si Hana cukup campin kalau berjaga (bejaga siang la, syukur..) bagi la dia tidur 15 minit sahaja. Cukup untuk dia berjaga sampai 5 jam. Tapi yang bestnya, malam dia memang tidur betul-betul. Cuma bangun untuk menyusu sahaja.

Tadi masa hantar barang Hana di rumah Nenek Hajahnya, baru aku tau si Hana sudah pandai pegang botol sendiri. Macam mana aku boleh tidak tau?? Ya la kan, botol susunya pun aku tidak simpan di rumah. Syukur la kalau begitu, senang sudah neneknya mengasuh. Boleh habis pula tu satu botol. Memang campin :)

Sebenarnya, Hana ok ba kalau sama orang, tadi pun dengan Amit Ej, ok ja :) cuma approach kena slow sikit, tidak boleh mengejut. Gitu lah anak aku tu..

Inilah muka orang yang sudah kesengalan 1 jam dalam feri..






Wednesday, November 16, 2011

9 months Nur Hana

Mari kita lihat, apa sudah perkembangan si Hana.

1. Kecenderungan mengambil sesuatu menggunakan tangan kiri. Adakah bakal menjadi lefty seperti Pak Longnya, Mak Langnya dan Lulu?

2. Gigi atas mau tumbuh, kesian Hana, mesti rasa nda selesa. Kesian aku, selalu kena gigit, huhu..

3. Pandai tinting kaki (dalam walker). Kalau dulu, nda sampai kotak tu ke mulut, dapat pegang saja. Sekarang, abis la kotak tu kena gigit-gigit. (Banyak kotak Tupperware huhu)

4. Lepas sea games Malaysia vs Indonesia final, si Hana pandai teriak-teriak sudah, belajar dari kami la tu yang emosi tingu game tu. huhu..

5. Pandai tingu tv, especially cerita Korea, terus diam-diam.

6. Kalau mamanya, senyum tak perlu kata apa-apa pun Hana ketawa, kalau orang lain, buat la macam mana, susah mo senyum oo.. mamanya saja yang kelakar huhu..

alhamdulillah, Hana still breastfeeding. Cuti-cuti ni pula, fully breastfeed. Semoga Hana sentiasa sihat, membesar sebagai johan, diberkati Allah.. amin..


Sunday, November 6, 2011

Please like my page, Tupperware Labuan.

Mungkin siapa yang singgah blog aku akan heran, page Tupperware Labuan on Facebook? hehe.. sebenarnya lama sudah aku join Tupperware, tapi insya Allah, kali ini mo serius part time dalam Tupperware, manalah tahu dapat jadi side income yang best.  So, please like my page, thank you :).

Kalau ada apa-apa mo tanya pasal Tupperware, pergi ja page aku tu ya, untuk jadi ahli baru, dialu-alukan. RM60 ja.. :)