Tupperware Labuan

Tuesday, May 31, 2011

printer 3in1

Aku ada printer, beli di Tawau masa belajar jadi cikgu sana. Lama sudah tidak guna, duduk bawah katil ja. So, baru-baru ni aku hantar printer ni ke Boulevard IT Labuan, untuk pasang tangki dakwat printer, rm80 sahaja. Kalau mo refill nanti, cuma rm10 untuk satu warna. Murahkan? :D

tangki warna, tidak perlu refill penuh kata orang di boulevard it.

kotor-kotor sudah printer ni kena dakwat, ada bahagian yang tercabut pulak tu.

Lepas ni, rajin la aku sediakan lembaran kerja untuk murid hehe.. bukan sebelum ni tidak rajin, rajin... tapi printer di sekolah macam nda siuk sudah, huhu.. lagipun aku memang semangat guna printer ku ni, guna sampai abis ink. tapi dulu ink mahal, sekarang sudah murah, bring it on bebeh!

Kemudian, kalau ada apa-apa yang perlukan salinan dokumen segala, tidak perlu susah-susah ke kedai, print la berapa banyak salinan yang aku mau, hambek mu!

Lepas ni mo sediakan satu workstation untuk letak printer ku dan notebook.. senang sikit, tidak la semak rumah dengan wayar-wayar.

chilled oreo cheese cake

Hari ni siap satu kek, Chilled Oreo Cheese Cake, thanks to Kak Long, biras kakak ku Nadia.

Inilah hasilnya :D


Sunday, May 29, 2011

hotel reservation

Gara-gara malas bercakap, sanggup surf agoda.com kunun..murah la kunun..sekali cek-cek, macam ramai ja org menyasal book/pay guna agoda, base di thailand rupanya, tiada resit pula tu. sekali aku call, tolak gov rate, mahal 30 hengget jak.. rm30, banding teda bukti pembayaran, cc info ada kemungkinan lacking disitu, susah-susah mo claim/tukar kalau jadi apa-apa.. inda seberapa..len kali.. rajin-rajin la menelepon tu hotel.. orang tu kena bayar gaji jua melayan aku bertanya itu ini..

Hana tertidur masa duduk

Kesian si Hana tadi, masa duduk di riba ku boleh pula tertidur sendiri ni, tiada dodoian tiada ayun-ayun.. mo ambil gambar mama nda suruh pula..

tapi sebelum tu memang ada meragam pun, pujuk-pujuk gitu saja la.. rupa-rupanya ngantuk..

Hana bersama mama

Sekarang si hana tidak boleh kalau tidak di layan. Kalau setakat pegang saja, jangan harap la si Hana ni teranah. Ampai salah, pegang salah, letak dalam unggakan salah. Nenen tak mau, apa pun tak mau, asyik nak mengaruutt saje. Begitula gaya si Hana sekarang ni.


Tapi sebenarnya Hana bukan mau apa, dia cuma mahukan perhatian. Cuba bawa dia bercakap-cakap, bawa bermain-main, senang la hatinya tu, terus good mood.

Jadi kesimpulannya, jom bercerita sama si Hana.

Saturday, May 28, 2011

mid year school's break

hari ni start cuti sekolah, serunutnye!

seronok sebab dapat spend time dengan Hana.. umur 3 bulan setengah ni rajin sudah 'bercakap', siok la melayan.

misi ku pada cuti ini, train Hana menyusu botol.. chaiyo chaiyo!

Monday, May 23, 2011

Hana yang nyenyak tidur.

Selalunya subuh pukul 5 macam tu Hana bangun, masa tu la tukarkan pakaian, bagi menyusu. Tapi tadi memang menyusu saja la, bangunnya tidak. Sampai sekarang pukul 6.05minit pagi, tidurnya betul-betul nyenyak. Kesian pula mengenangkan nanti dia bangun kemungkinan besar menangis, terkejut mamanya tiada.

Sabar sajalah, ada 5 hari lagi sebelum cuti pertengahan tahun, lepas tu baru cari babysitter..

Saturday, May 21, 2011

Hana w/o mama

Hari ni ada sambutan Hari Guru peringkat Labuan. So tengahari karang ikut durang mama, malas mo drive sendiri, jam saja nanti.

Sebenarnya mo cerita pasal Hana, ingatkan budak ni mo berjaga macam 3 malam yang lepas. Tapi semalam tidur macam biasa, tiada nangis-nangis, tiada berjaga, bangun untuk menyusu saja. Aikk.. macam tau-tau ja mamanya tidak kerja esok. Tapi tingu la karang, masa aku pergi sambutan Hari Guru tu, Hana macam mana..

Betul la agaknya kata orang, baby ni pintar, dia tau keadaan sekeliling macam mana..dia tau kalau mamanya tiada..tidak apa la. baru 4 hari, kalau tidak nangis langsung mamanya tiada, bikin heran juga tu, huhu..

Thursday, May 19, 2011

Hana berdiri 1st time

tadi, masa aku tengah lunch, si Nurul tolong aku melayan si Hana. si Nurul pegang tangan si Hana dan Hana akan cuba kedepankan kepala dan bahunya. yang ni memang selalu Hana buat kalau sama aku pun. dan Hana selalu suka berdiri, dengan aku menopangkan ketiaknya, of course.

tapi tadi, Nurul pegang tangan Hana, ingatkan Hana ni macam selalu la, kedepankan kepala dan bahu. sekalinya, si Hana berdiri, dalam beberapa saat, dengan dipegang tangan sahaja! adedehhh.. boleh tahan kuat juga kaki si Hana ni. tapi memang aku perasan juga kaki dia ni ada kuat sikit, abang rijan, adik beradik dan sepupu ku pun perasan juga.

patutnya mau dirakam bah tu, tapi aku pun tengah makan masa tu, tidak apa la.. baru 3 bulan 3 hari tu.. campin juga si Hana ni..

Wednesday, May 18, 2011

1st day Hana without mama

ok, hari ni memang bangun yang sangat awal, takut keadaan jadi kelam kabut. sebelum tu, malamnya sudah sediakan pakaian dan pam susu. stok ebm letak di freezer bahagian bawah.

pagi-pagi lepas bersiap-siap, terus angkat si hana untuk disusukan. masih ok lagi. kemudian, si hana macam faham ja aku kena pergi kerja, satu senyuman pun aku tidak dapat. hurm.. kemudian, sempat menidurkan si hana lagi sebelum ke sekolah.. masih ok lagi..

oleh kerana ada 8 hari lagi sekolah sebelum cuti pertengahan tahun, so aku minta tolong nurul n lina untuk babysit hana..alang-alang juga..

sampai sekolah, murid-murid excited jumpa aku, aku pun excited juga jumpa diorang, pukul 10 begitu lina call, tanya mana sringe, untuk feed si hana. thanks to my big sister Nadia, dia la yang jadi guidance durang nurul sama lina time babysite si hana ni. masa si lina call tu, aku dengar background soundnya, suara si hana yang nangis dengan sangat kuat, dan suara soprano si nurul untuk mengatasi suara tangisan si hana.. hurm.. sabar saja la..

dalam pukul 11.00++ pagi, aku pump ebm, alhamdulillah, managed to get nearly 4oz of ebm.karang petang atau malam kena pump lagi untuk stok hana.

12.31pm, punch card, terus pergi tapau lauk.
12.59pm, sampai rumah, tukar baju, terus angkat hana untuk bf. sekali si hana menyusu, punya kebulur, kesian eh.. tapi si nurul cakap, kira banyak jua hana menyusu tadi, itupun selepas nadia ajar petua, puting susu botol tu di picit sedikit supaya baby dapat rasa air susu tu, dan dia akan hisap puting tu. syukur lah..

selalunya hana kalau suda menyusu, one side ja, tapi tadi 2 sides, kemudian belum sampai sejam, dia menyusu lagi sampai tertidur..

ok la tu.. dan untuk 1st day nurul & lina, they done a good job, syabas mere bete!

mujur aku setengah hari saja hari ni..
mujur sekolah agama ada peperiksaan, so aktiviti kokum cancel...
mujur si nurul and lina sedang bercuti..
mujur aku sudah stok awal-awal ebm masa dari berpantang lagi..

Tuesday, May 17, 2011

a punch in my stomach

esok start kerja sudah..

mengenangkan diri ini meninggalkan anak untuk pergi kerja, macam kena tumbuk di perut ja..

hurm...

Monday, May 16, 2011

Hana hit 3 months today & Happy Teacher's day

3 bulan 1 hari
hari ni hana ku yang kecil sudah umur 3 bulan.. alhamdulillah.. berat 4.5kg, panjang 57cm, huhu.. ciannya, kecil ni..tadi ada baby boy, umur 2 bulan, 6kg++, besar nih.. terus terkenangkan anak ku yang damit.. ialah, baby ni bukan sama kan, yang penting anak ku sihat.

anyway, happy teacher's day to all teachers out there!

Thursday, May 12, 2011

a little chit chat before bed..

cik hana ku ni sebenarnya ngantuk banget, tapi campin ni melawan mata, pastu bulih lagi 'bercerita' dengan aku..kalau orang tengok mesti fikir hana ni segar bugar. setelah dipujuk-pujuk, dibuai-buai di badan, barulah lelap matanya.. hurm...

cloth diapering for green environment

so i bought some cloth diapers, sebab?
  1. teruja untuk menghijaukan alam
  2. jimatkan belanja beli dispo diaper (tapi beli juga hoho)
  3. mengurangkan sampah dalam rumah (same reason no 1)
  4. mcm cumil jak cloth diaper ni.
ok, memang aku beli awal-awal cd ni, kakak aku Nadia pun ada bagi cd preloved durang si addin n zara. ingatkan keluar dari wad lepas bersalin mo pakai la cd, sekali macam-macam lagi la masuk scbu segala. dan nurse tu insist suruh pakai pampers, bukan lampin biasa. hurm...

lepas tu, balik rumah, macam best ja guna dispo diaper. sebab utama, senang. pastu rasa macam membazir jak beli cd ni.. then cikgu di sekolah bagi pendapat (anaknya pun pakai cd jugak), kalau umur 2 bulan ke bawah tidak apa bagi dispo diaper, sebab kecil lagi kan.. betul juga kan..

hana hampir umur 3 bulan (sejak 2 3 hari yang lalu la ni), aku cuba mengfullyclothdiaperkan anak aku. badan pun besar sudah, jadi tidak la awkward sangat pakai cd. testimonial untuk beberapa hari ni..

  1. pengurangan sampah disposable diaper yang sangat-sangat ketara. selalunya menggunung jak bakul sampah ni, especially kalau ada harinya yang balik-balik berak saja ni. sangat-sangat ketara!
  2. sepanjang guna cd, memang berkesan seperti dispo diaper, kering pada inner, tapi insertnya menyerap semua kencing tu. tp untuk inner bamboo, ada basah sikit. still, no nappy rashes.
  3. berlaku kebocoran 1 kali, sebabnya?time beli tu malas sudah mo prewash balik-balik,itu la akibatnya, kencing tidak diserap seperti yang sepatutnya. pengajaran: prewash la dengan rajin ok.
cumanya, setakat ni malam nda kasi pakai cd.sebab kalau malam kena la pakai baju yang panjang-panjang, lengan panjang seluar panjang. kalau seluar panjang, pakai lagi cd yang bulky tu, sasak la si hana. (jangan kata si hana, aku pun sasak!) wait till hana's leg warmer sampai, projek cd akan diteruskan sehingga malam, dan mungkin juga sehingga keesokkan paginya.

to be honest, bila baca review orang punya cerita pasal cd ni, macam susah jak. ada sistem pula. lepas pakai mo rendam la mo cuci macam mana mo jemur macam mana. just be natural. lepas pakai, cuci la. kan senang tu? kalau aku, as simple as, kumpul dengan baju hana yang kotor, and then cuci la. kalau ada poop tu kasi bersih la ba dulu. tiap kali tukar cd, aku bilas dengan air paip dulu, then taruh dalam baldi. abis cerita, tunggu masuk machine jak lagi.

sekarang tunggu leg warmer sampai, macam mana pakai cd waktu malam pula.

    Wednesday, May 11, 2011

    putaran helikopter

    hana new skill: berputar dengan kuasa tendangan kaki. tadi kepala sama-sama sebelah menyebelah. bangun tengok kepalanya sana sudah, 90 darjah dari kedudukan asal (mcm jadi huruf T sudah).

    p/s: kaki si hana memang kuat, hari tu ingat kenapa la babahnya ni batuk berabis, rupanya kaki hana tertendang tekak babahnya, adeh...

    Tuesday, May 10, 2011

    Cuti bersalin 3 bulan..

    1 minggu lagi hana umur 3 bulan, maksudnya ada 1 minggu lagi cuti bersalin ku, nasib baik esoknya hari wesak, tambah lagi 1 hari cuti huhu..

    bila difikir-fikirkan, syukur alhamdulillah dapat juga cuti 3 bulan, kalau la cuti tu 2 bulan saja, confirm terkontang kanting mcm si palui-palui ni. sudah la anak pertama, masalah penyakit kuning tu melarat-larat sampai hana umur 2 bulan (prolonged jaundice, suspected thyroid). pastu, hana umur 7-8 minggu, menangis saja kerjanya, perut kembung. limpas 2 bulan, alhamdulillah, si hana pun mood makin ok, aku pun bulih paham sudah rutin harian si hana, nda lagi bingung-bingung.

    masuk sekolah balik ni pun, nasib baik cuma 8 hari sekolah. jadi yang 8 hari tu minta belas ihsan aunty si hana, adik aku si nurul untuk jaga dia. pastu, cuti pertengahan tahun 2 minggu. only then baru la hantar sama baby sitter.. itu pun belum cari lagi..

    pastu kunun-kunun ajar lagi si hana menyusu guna botol, mana la dia mau kalau mamanya sendiri yang kasi suap tu botol. membazir ja susu. tapi, kakak aku Nadia cakap, somehow baby ni kalau mamanya teda dia pandai behave. mudah-mudahan la nanti bila ku tinggalkan mau menyusu botol.

    hai.. seminggu lagi balik sekolah...

    Sunday, May 8, 2011

    susu ibu: petua melegakan bisa gigitan/sengatan serangga

    al-kisah masa ku damit-damit dulu, balik kampung (Ranau, Sabah)..pada satu petang, masa tengah cuci tangan di paip luar rumah, mataku tiba-tiba ja dilanggar satu serangga ni, nda tau la apa kan, tapi memang bisa. bah apa lagi, memang la aku menangis sana. mama pula masa tu panik juga tanya kenapa, suasana masa tu pun chaos jua la kata orang putih. apa yang mampu aku bagitau masa tu mata ku sakit, itu saja.

    nasib baik juga masa tu ada makcik ku yang memang ada anak kecil masa tu, dan dia pun memang breastfeed  anaknya. apa yang dia buat ialah, titiskan susu badan direct ke mata ku yang sakit tu, (dan masa ni kakak ku Nadia pun buat background music, macam masa kassim selamat operate mata tu) and wala! sakit itu hilang serta merta.. tapi tangisan ku tidak berhenti serta merta sebab masa tu aku malu, hahahaha! bah kanak-kanak lagi bah, what do you expect?

    masa berlalu, semakin aku membesar aku sedar SUSU IBU sangat berkesan menghilangkan bisa gigitan atau sengatan serangga ni. baru semalam anak aku kena gigit nyamuk, aku sapu ja dengan susu ibu, kejap ja kesan merah tu hilang. bagus kan?

    Saturday, May 7, 2011

    astro beyond

    wah! sekarang sudah pakai astro beyond, abis segala lubang di pipi orang dalam tv ni bulih nampak, puas la abang rijan tingu bola ni huhu..

    td aku tukar channel pg starworld, not in subscription pula ni, heran bin ajaib? call customer service, rupanya beyond ni dia subscribe guna package lama yang mana ada package metro. tapi ok juga customer service tu tadi, dia tukar balik pigi package variety, on the spot terus ada, dan tiada switching fee sebab durang yg salah.

    customer service tu cakap tadi, ada gov charge, 6%. aku ni pun heran dan tanya, "yang 6% tu teda dalam bil pun?", dia jawab "start dari bulan januari lagi puan. eh, puan kat labuan kan? oo labuan takde tax, sorry puan." uuu.. baru saya tau, astro bil ada tax charge, tp pasal labuan duty free, takde tax ler..

    apa-apa pun, jum layan astro beyond, bil pun naik rm20..

    Friday, May 6, 2011

    Jafaru the Girrafe

    tadi mama sama bapa datang melawat si hana. mama kasi ampai si hana, ambil si baby jafaru lepas tu kasi main-main sama si hana, kiranya mama ni buat suara si baby jafaru panggil-panggil si hana. ketawa dia, hehe.. terhibur la mama ni pasal si hana ni susah-susah mo tingu dia ketawa atau senyum, huhu..

    kiranya komunikasi pertama si hana sama baby Jafaru la tu hoho.. oh ya, ini la hana's first toy dari mamanya.

    ini la baby jafaru (zoobies), tapi gambar ni di ambil 2 minggu lepas, waktu mula-mula sampai rumah.
     
    p/s: sebenarnya zoobies ni 3 in 1 plush toy, tapi since si hana masih kecil, si baby jafaru belum berfungsi sepenuhnya, nnt akan ada post testimonial si baby jafaru.

    egozite baby cream

    Ada la satu malam, Hana tidak berhenti menangis, cek itu cek ini, rupa-rupanya badas (nappy rash) sudah anak ni. Bak kata mama ku, "mo melatop suda kulit dia ni."  Maka esoknya, kami ni pun ke farmasi cari nappy rash cream.

    Banyak pilihan brand krim badas ni, tapi abang rijan pilih yang paling mahal (lagi mahal lagi bagus la kali huhu).

    Jadi, ini la yang kami beli;

    Tiap-tiap kali tukar lampin, memang apply la  krim ni, hasilnya alhamdulillah, sehari pun nampak sudah perubahannya, kulit jadi licin dan halus. badas yang kan melatop tu pun tiada sudah. Aunty farmasi tu ada cakap, kalau apply di muka atau mana-mana kulit yang ada masalah tu pun boleh.

    belakang telinga hana macam ada kulit-kulit hitam, macam kulit kering. jadi, aku yang tiada pengalaman ni pandai-pandai buat eksperimen sapu guna baby oil. hasilnya, habis belakang telinga hana bernanah. lepas tu tidak berani lagi mo sapu apa-apa. teringat pula egozite ni, sapu sikit belakang telinga. Cuba teka? sekali apply sahaja, hilang terus unwanted skin belakang telinga hana. sekarang sudah halus dan mulus, tidak risau lagi pasal kulitnya tu.

    So, kalau ada yang tercari-cari krim baby ni, aku cadangkan belilah egozite ni, kalau sesuai la sama baby ya.

    Thursday, May 5, 2011

    ai..

    tadi hana buat bunyi "ai" untuk pertama kali, haha :) mula-mula tu menangis, mo sambung tidur rasanya, jadi datang moodnya bercakap-cakap, keluar bunyi "ai", selalu bunyi "au"&"oo".

    anak ani rajin bercakap, tp susah mo senyum/ketawa..

    rajin bercakap macam mamanya, mahal senyum/ketawa macam babahnya..

    panas dan mengantuk!

    lepas meraikan Cikgu Rita, ikut guru-guru lain melawat kak faridah. akibatnya, si hana meragam gara-gara panas (tgh hari juga sudah) dan mengantuk. jadi terpaksa la balik awal.

    masuk kereta, masih lagi menangis tarau-tarau. jadi, yang aku buat ialah kuatkan air-cond sampai level 3,tutup radio, letak tangan kiri di dada hana dan menyanyi. syukur lah tidak lama kemudian (dalam 2 minit) hana diam. kemudian hana tertidur, lega..fuh!

    wah! ada kemahiran baru la, menidurkan hana dalam kereta semasa memandu, huhu... ya, aku letak ja anak aku baring di seat depan... dalam baby car seat la bah, adedeh....

    PUBLIC SAFETY MESSAGE:make sure you put your baby  in baby car seat especially when you're driving alone with him/her. :)

    1st visit to mama's workplace.

    hari ni bawa hana pergi sekolah, meraikan Cikgu Rita menamatkan perkhidmatan pd usia 56 tahun (happy birhday teacher!) terpaksa la juga bawa hana, tiada lg orang jaga. tp syukur juga, hana pun ok tidak byk ragam, menangis mo menyusu saja.

    Wednesday, May 4, 2011

    great time flies fast...

    sunyi sudah balik rumah parents ku.. hari ni kakak ku Nadia dan anak2nya, Addin & Zara balik kl, si nurul pun ikut jd bodyguard, huhu..waktu menanti kehadiran durang, rasa lama ja..sudah sampai, seminggu rasa sekejap saja..
    rindu la sama durang.. it's ok, insya Allah nnt hari raya kita jumpa :)

    bertapuk sebab kunun-kunun gambar antara cousins jak.

    Tuesday, May 3, 2011

    name hana

    so we named our baby Nur Hana, pendek kan namanya?  inspired by my niece's name, Nur Zara, such simple but yet beautiful sweet name.inspired mean, nama pendek, tidak letak nama anak panjang2.. sebelum ni mo letak nama Myra, tp atas sebab2 tertentu, ditukar namanya kepada Hana, untuk lebih manis, tambah Nur, jadilah Nur Hana.

    ada kawan cakap, "eh, jgn la letak nama pendek2, kesian anak." bagi aku, letak nama panjang lagi kesian, 1. nnt eja nama sendiri pun kepayahan, 2. panjang umurku melihat anak ku bernikah suatu hari nnt, nnt bakal suaminya kepayahan menyebut nama yg panjang tu..

    anyway, ini makna nama hana..

    arabic : happiness

    japanese : bud, blossom, flower

    korean : one

    source:

    Baby names World
    Think Baby Name

    menyesal

    aku menyesal sebab..

    tidak blog senyuman pertama hana..

    tidak blog dfitong pertama hana.. (dia sebut au)

    1st scratch.

    just cut hana's fingernails yesterday, didn't put the mittens on her today. the result: got a few first scratches on her forehead, sorry sayang, huhu..