Tupperware Labuan

Thursday, December 29, 2011

Apa Cerita Nur Hana?

Sudah sekian lama aku tidak bersiaran, .macam-macam sudah cerita si Hana. Hari tu, kami ke kl,tanpa babahnya sebab tiada cuti. Syukur ada mama dan Aqil, tidak juga la aku terkial-kial di situ.

Banyak perubahan Hana masa di KL dari segi sosial. Mula-mula tu, pendiam la macam biasa, memilih. Selalu resah dan gelisah. Asal aku hilang di matanya, mulalah nangis-nangis, kemudia ada lagu "Gelisah" sumbangan Aunty Nadia. Tapi semakin hari semakin ok la si Hana. Boleh goyang-goyang kepala time orang menyanyi,

Dan oleh kerana aku pemalas (huhuhu) si Hana aku bagi makan nasi biasa, bukan bubur. Tidak sangka pula dia pandai makan, mengunyah macam orang besar. Jadi seronok la Hana makan macam-macam hehe..

Balik Labuan, tidak lama kemudian Hana demam, selsema hingus meleh-leleh. Sebagai ibu, macam-macam sudah kerisauan aku. Rupanya si Hana mau tumbuh gigi.. menggigit saja kerjanya :(

Kemudian, balik kampung babahnya. Aku yakin ja bagitau keluarga mertua yang si Hana sudah ok, peramah, tidak memilih. Sekali, datang balik perangainya yang menangis teriak-teriak ni.. adoii.. mo berak pun susah nih. Kakak aku cakap, separation anxiety.  Hurm.. sabar sajalah..

Paling hebat, si Hana cukup campin kalau berjaga (bejaga siang la, syukur..) bagi la dia tidur 15 minit sahaja. Cukup untuk dia berjaga sampai 5 jam. Tapi yang bestnya, malam dia memang tidur betul-betul. Cuma bangun untuk menyusu sahaja.

Tadi masa hantar barang Hana di rumah Nenek Hajahnya, baru aku tau si Hana sudah pandai pegang botol sendiri. Macam mana aku boleh tidak tau?? Ya la kan, botol susunya pun aku tidak simpan di rumah. Syukur la kalau begitu, senang sudah neneknya mengasuh. Boleh habis pula tu satu botol. Memang campin :)

Sebenarnya, Hana ok ba kalau sama orang, tadi pun dengan Amit Ej, ok ja :) cuma approach kena slow sikit, tidak boleh mengejut. Gitu lah anak aku tu..

Inilah muka orang yang sudah kesengalan 1 jam dalam feri..






No comments:

Post a Comment