Tupperware Labuan

Monday, August 27, 2012

Setahun lebih tidak datang bulan tetapi mengandung

OK, aku cuba-cuba google dengan statement di atas, tapi tiada pun yang aku jumpa berkaitan dengan apa yang aku mau baca. Oleh kerana itu, biar aku la yang buat tajuk ni.

Sepanjang Hana dilahirkan, cuma sekali saja aku datang bulan, itupun cuma beberapa hari (tidak sampai seminggu) dan period sangat sikit. Boleh pakai cloth pad lagi tu.

Hana menyusu badan ekslusif selama 6 bulan. Kemudian aku campur dengan susu formula. Tapi masih lagi tiada period. Tahun lepas aku puasa penuh. Tahun ini hampir penuh, tapi memandangkan batuk yang sangat teruk, terpaksa sungkai 1 hari demi meneguk air suam dan ubat batuk.

15 Ogos 2012.Badan terasa sangat sejuk. Siap pinjam-pinjam shawl orang lagi sebab tidak tahan sejuk. Sengaja lagi berpanas bawah matahari mo kasi panas badan.

Hujung-hujung buat keputusan pergi klinik desa, sebab dulu pernah demam waktu mengandung si Hana tapi tidak sedar pun demam sampai nurse yang cek baru tau demam.

Sampai klinik, tunggu punya tunggu, jumpa dengan nurse yang selalu cek aku..kak norizan.
"ko mengandung ka tasha??"
"eh tiadalah, badan ku rasa sejuk-sejuk. ntah demam ka apa, tu la mo cek."
"kita cek upt dulu ye.."
"bah ok boleh ba.."

masa tu memang tidak fikir apa-apa langsung..ya la.. sudah la tidak period 1 tahun lebih, macam mana mau mengandung..

the moment of truth.. kak norizan ni pun masuk kan la strip test tu dalam urine itu.. nda lama lepas tu senyum-senyum..
"nah.. tasha, mengandung sudah kau.."
"hah! betul bah??"
"betul la ..nah tengok terang sudah 2 line, pikir orang main-main.."
"astagfirullah.. alhamdulillah.. masya Allah..."

ketawa-ketawa sudah nurse tu..memang aku speechless la masa tu..sangat tidak sangka-sangka.. rezeki Allah sudah mau bagi.. ALHAMDULILLAH...

aku sangat-sangat bersyukur dengan rezeki Allah beri ni.. siapa la sangka. Abang ku pun terkejut. Yang lucunya.. lepas tau sudah pregnant tu..sana la mau muntah la..pening la.. apa la... sasaknya akuuuu... tapi sebaliknya aku bersyukur..sekurang-kurangnya aku sudah boleh berjaga-jaga dari sekarang, jangan makan macam-macam..hati-hati..

kakak ku Nadia cakap, aku macam Yeonsaeng dalam Jewel of The Palace. Kena hati-hati la makan takut tekanan darah tinggi semasa mengandung menyerang lagi.

Aku berdoa agar perjalanan kehamilan kali ini dipermudahkan. Anak yang dilahirkan sihat-sihat hendaknya.. mudah-mudahan segalanya diberkati Allah..amin..

4 comments:

  1. alamak..sama cam saya..setahun x dtg haid ni..dating pun sikit2 (2 hari je tapi sikit la sgt2)...tapi blum buat urine test..terase cam bdn dah lain cam...ade sikit2 loya..possibility blh ek...kn check nih,...debor heh

    ReplyDelete
  2. Sama mcm sy, hmpir 5 bulan x dtg bulan.. check upt double line.. tp Blum confirm kan lg d klinik.. 😉😉 harap2 ada rezki.. tanda2 morning sickness tu sudah ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum tu sis ambik x apa2 perancang kluarga?sbb sya pun almost 5mth xperiod..tpi sya ada ambik pil la..

      Delete
  3. Salam..memang boleh ye kalau period lama tak datang dan mengandung? Sy dah lama xdtg period..tp tekak rasa loya2

    ReplyDelete