Tupperware Labuan

Wednesday, September 19, 2012

buat pemeriksaan rapi sebelum ambil ubat turun darah

Terpanggil aku untuk berkongsi sesuatu berkaitan kedatangan haid ni..

banyak aku terbaca dalam ruangan internet ni.. kalau period tidak datang, jumpalah doktor untuk mengambil ubat turun darah.

aku pun tidak sure ubat turun darah tu macam mana rupanya.

masa bulan puasa, aku ada cakap dengan abang aku, kalau sehingga raya aku masih belum period, mau jumpa doktor minta ubat untuk turun darah.

bayangkan, kalau aku betul makan ubat turun darah tu, tanpa mengetahui dan memeriksa bahawa yang aku sudah mengandung masa tu? apa akan terjadi?

kebanyakan post yang aku baca di internet, doktor suruh ambil ubat turun darah tanpa ada usaha untuk melakukan apa2 pemeriksaan seperti scan dan sebagainya untuk memastikan wanita tersebut tidak hamil.

jadi, nasihat aku.. buat la pemeriksaan rapi, kita boleh insist dari doktor, bukan dia periksa free pun..dia kena bayar. syukur pada Allah..nasib baik aku tau aku mengandung..kalau tidak entah apa la yang terjadi..

No comments:

Post a Comment