Tupperware Labuan

Tuesday, May 31, 2011

printer 3in1

Aku ada printer, beli di Tawau masa belajar jadi cikgu sana. Lama sudah tidak guna, duduk bawah katil ja. So, baru-baru ni aku hantar printer ni ke Boulevard IT Labuan, untuk pasang tangki dakwat printer, rm80 sahaja. Kalau mo refill nanti, cuma rm10 untuk satu warna. Murahkan? :D

tangki warna, tidak perlu refill penuh kata orang di boulevard it.

kotor-kotor sudah printer ni kena dakwat, ada bahagian yang tercabut pulak tu.

Lepas ni, rajin la aku sediakan lembaran kerja untuk murid hehe.. bukan sebelum ni tidak rajin, rajin... tapi printer di sekolah macam nda siuk sudah, huhu.. lagipun aku memang semangat guna printer ku ni, guna sampai abis ink. tapi dulu ink mahal, sekarang sudah murah, bring it on bebeh!

Kemudian, kalau ada apa-apa yang perlukan salinan dokumen segala, tidak perlu susah-susah ke kedai, print la berapa banyak salinan yang aku mau, hambek mu!

Lepas ni mo sediakan satu workstation untuk letak printer ku dan notebook.. senang sikit, tidak la semak rumah dengan wayar-wayar.

chilled oreo cheese cake

Hari ni siap satu kek, Chilled Oreo Cheese Cake, thanks to Kak Long, biras kakak ku Nadia.

Inilah hasilnya :D


Sunday, May 29, 2011

hotel reservation

Gara-gara malas bercakap, sanggup surf agoda.com kunun..murah la kunun..sekali cek-cek, macam ramai ja org menyasal book/pay guna agoda, base di thailand rupanya, tiada resit pula tu. sekali aku call, tolak gov rate, mahal 30 hengget jak.. rm30, banding teda bukti pembayaran, cc info ada kemungkinan lacking disitu, susah-susah mo claim/tukar kalau jadi apa-apa.. inda seberapa..len kali.. rajin-rajin la menelepon tu hotel.. orang tu kena bayar gaji jua melayan aku bertanya itu ini..

Hana tertidur masa duduk

Kesian si Hana tadi, masa duduk di riba ku boleh pula tertidur sendiri ni, tiada dodoian tiada ayun-ayun.. mo ambil gambar mama nda suruh pula..

tapi sebelum tu memang ada meragam pun, pujuk-pujuk gitu saja la.. rupa-rupanya ngantuk..

Hana bersama mama

Sekarang si hana tidak boleh kalau tidak di layan. Kalau setakat pegang saja, jangan harap la si Hana ni teranah. Ampai salah, pegang salah, letak dalam unggakan salah. Nenen tak mau, apa pun tak mau, asyik nak mengaruutt saje. Begitula gaya si Hana sekarang ni.


Tapi sebenarnya Hana bukan mau apa, dia cuma mahukan perhatian. Cuba bawa dia bercakap-cakap, bawa bermain-main, senang la hatinya tu, terus good mood.

Jadi kesimpulannya, jom bercerita sama si Hana.

Saturday, May 28, 2011

mid year school's break

hari ni start cuti sekolah, serunutnye!

seronok sebab dapat spend time dengan Hana.. umur 3 bulan setengah ni rajin sudah 'bercakap', siok la melayan.

misi ku pada cuti ini, train Hana menyusu botol.. chaiyo chaiyo!

Monday, May 23, 2011

Hana yang nyenyak tidur.

Selalunya subuh pukul 5 macam tu Hana bangun, masa tu la tukarkan pakaian, bagi menyusu. Tapi tadi memang menyusu saja la, bangunnya tidak. Sampai sekarang pukul 6.05minit pagi, tidurnya betul-betul nyenyak. Kesian pula mengenangkan nanti dia bangun kemungkinan besar menangis, terkejut mamanya tiada.

Sabar sajalah, ada 5 hari lagi sebelum cuti pertengahan tahun, lepas tu baru cari babysitter..