Mari kita lihat, apa sudah perkembangan si Hana.
1. Kecenderungan mengambil sesuatu menggunakan tangan kiri. Adakah bakal menjadi lefty seperti Pak Longnya, Mak Langnya dan Lulu?
2. Gigi atas mau tumbuh, kesian Hana, mesti rasa nda selesa. Kesian aku, selalu kena gigit, huhu..
3. Pandai tinting kaki (dalam walker). Kalau dulu, nda sampai kotak tu ke mulut, dapat pegang saja. Sekarang, abis la kotak tu kena gigit-gigit. (Banyak kotak Tupperware huhu)
4. Lepas sea games Malaysia vs Indonesia final, si Hana pandai teriak-teriak sudah, belajar dari kami la tu yang emosi tingu game tu. huhu..
5. Pandai tingu tv, especially cerita Korea, terus diam-diam.
6. Kalau mamanya, senyum tak perlu kata apa-apa pun Hana ketawa, kalau orang lain, buat la macam mana, susah mo senyum oo.. mamanya saja yang kelakar huhu..
alhamdulillah, Hana still breastfeeding. Cuti-cuti ni pula, fully breastfeed. Semoga Hana sentiasa sihat, membesar sebagai johan, diberkati Allah.. amin..
Tupperware Labuan
Wednesday, November 16, 2011
Sunday, November 6, 2011
Please like my page, Tupperware Labuan.
Mungkin siapa yang singgah blog aku akan heran, page Tupperware Labuan on Facebook? hehe.. sebenarnya lama sudah aku join Tupperware, tapi insya Allah, kali ini mo serius part time dalam Tupperware, manalah tahu dapat jadi side income yang best. So, please like my page, thank you :).
Kalau ada apa-apa mo tanya pasal Tupperware, pergi ja page aku tu ya, untuk jadi ahli baru, dialu-alukan. RM60 ja.. :)

MAMA
Lokasi: dapur rumah mertua @ Menumbok,
Masa: Petang, sekitar pukul 5.
Waktu tu Hana dipegang oleh datuknya, macam biasa la si Hana suka bercakap (berunding bak kata datuknya). Tiba-tiba sepatah perkataan disebut Hana, sambil memandang aku..
"Mama"...
Huhuhuhu.. betapa terharu dan sebak hati ini, tidak pernah lagi dia sebut mama. Selalunya, baba, baba, baba. Walaupun Hana baru umur 8 bulan lebih, tapi aku dapat rasakan panggilan 'mama' semalam itu bermakna, huhuhu.. terus aku emosi segala di sini.
Hana, mama loves you.

Friday, October 28, 2011
Hana mau ikut pergi kedai.
26 Oktober, 2 hari lepas, aku rasa sangat-sangat penat dan malas untuk memasak. Jadi, aku pun minta abang Rijan belanja makan. Kalau ikut plan, dia pergi tapau sorang, aku dan Hana duduk rumah.
Abang Rijan sudah siap pakai baju untuk berjalan. Si Hana ni pula nda pasal-pasal ketawa-ketawa tingu bapanya. Ai.. kasi cuba la juga bapanya ambil, rilek saja, boleh manja-manja lagi letak kepala di bahu bapanya. Aku ambil balik menangis pula. Hairan Bin Ajaib! Hehehehe.. ketara sangat lah si Hana sebenarnya mau berjalan ikut bapanya. First time dia menangis bila aku yang ambil.
Sekarang Hana sudah boleh kenalpasti kalau bapanya berlawa-lawa kan berjalan.
Dan dia mau ikut lagi tu hehe..

Wednesday, October 19, 2011
Hana, 8 months
Hana sudah 8 bulan sekarang, cepatnya masa berlalu, ini kalau mengandung, menunggu hari lagi ni mau beranak.
Mari aku tengok, apa sudah pandainya anak ni.
1. Sudah duduk dalam walker, ke kiri ke kanan ke belakang, ke depan nda pula huhu.
2. Sudah terer berjaga. Sekejap saja tidur, berjaga bukan main lagi. Tapi setakat ni malam tidur ok.
3. Sudah makan, dari umur 6 bulan lagi. Sekarang bubur masak pakai slow cooker, nurse suruh lecek saja bubur tu, nda payah blend lagi. Baru ada tekstur gitu.
4. Sudah pandai menggigit, kalau main dengan kertas, silalah berhati-hati, kalau tidak ada sudah kertas dalam mulut tu.
5. Macam pandai berlakon sudah ni, pura-pura nangis, pura-pura batuk. Minta perhatian mungkin. :)
6. Pandai pegang barang, paling dia suka cawan, sudu, mangkuk.
7. Pandai sudah menolak botol susu. Hurm.. datang balik perangai nda mau menyusu guna botol. Terpaksa disudukan.. sabar saja la..
8. Pandai sudah memusingkan badan, terutamanya kalau sudah malam, mood tidak berapa baik, babahnya pun susah mo pegang kalau sudah badan tu macam mo terbang pergi arah mamanya.
9. Pandai mo ikut orang berjalan, yang ini ketara la kalau nampak babahnya pakai baju mo berjalan terus diam-diam kalau kena ambil, tidak pula memilih.
10. Pandai cam bunyi kereta atau nampak kereta. Muka dari diam-diam boleh terus menangis nampak kereta sampai rumah Nenek Hajah. Aii.. sabar saja la..
Apa lagi pandainya anak aku ni, rasanya ada lagi, tapi tidak terfikir sekarang. Berat badannya pun tadi bukan di kawasan kuning lagi, ngam-ngam atas garisan. Syukur lah, mo juga naik beratnya.
Hana, Hana mo adik ka? hehehe
Friday, September 23, 2011
Petua membuang panas badan.
Hari tu aku cuba sapu minyak kelapa di kepala si Hana. Mama mertua aku pegang dia, rasa kepala Hana guna pipi. Dia cakap keluar panas dari kepalanya. Aku cuba juga, a'ah la, memang keluar panas.
Semalam Hana demam, 39.4c. Dengan bantuan ubat demam dan minyak kelapa, alhamdulillah surut ke 36c. Minyak kelapa tu aku sapu dan urut seluruh badan Hana, dari kepala sampai ke kaki.
Petua ni memang aku dengar lama sudah dari orang-orang tua dan ibu-ibu ni.
Kalau anak demam, boleh la cuba petua minyak kelapa ni, insya Allah berhasil.

Demam tumbuh gigi
Semalam bila sampai saja rumah Amit Hajah, terus Amit bagitau Hana demam. Baru pegang tapak kaki, sudah panas. Cek guna digital termometer, ya Allah, 39.4c. Over acting ka? Biar la over, ini anak first, mana la aku ada pengalaman macam orang anak 2 3.Memang sangat panas, bayangkan la tapak kaki baby yang panas, kepalanya lagi la panas. Selalu kalau aku ambil baju Hana mesti basah lencun sebab berpeluh. Kali ni langsung tidak keluar peluh.
Aku pun fikir, demam sebab tumbuh gigi ka ni? ( Ini la kan orang balik-balik cakap: sudah tumbuh gigi? Demam tidak? Tidak. Eh! Demam tu nanti, tengok saja la.) Ai, macam minta-minta anak aku demam pula, hmm...kalau cakap begini : mungkin demam tu.. mudah-mudahan tidak la.., ok juga kan?
Sebenarnya dari 1 September lagi aku sedar dia tumbuh gigi, masa aku cuci mulut Hana guna jari masa dia mandi. Sekarang sudah 23 September, baru mau demam. Entah la, sebab gigi ka, sebab apa ka, aku pun tidak pasti.
Jadi, apa yang aku buat ialah, balik rumah saja terus bagi makan ubat demam, 2.5ml, sapu dan urut seluruh badan Hana guna minyak kelapa (petua orang tua) untuk buang panas. Alhamdulillah, menjelang 4 petang aku cek balik suhu sudah turun 36c.
Cek dengan Doktor Ong, memang turun 36c, tiada infection, tiada sakit kerongkong, ada selsema. So, Doktor Ong cuma bagi ubat selsema, ubat titis hidung sumbat, ubat demam tiada sebab sudah ada. Ini yang bagus Doktor Ong ni, kalau ubat sudah ada dia tidak bagi lagi. Buat membazir saja beli ubat baru sedangkan ubat yang sedia ada masih boleh guna.
Balik rumah, bagi makan ubat. Silap teknik la aku, Hana minum ubat tu terbatuk-batuk, sampai muntah. Banyak lagi keluar susunya tu. Terkejut aku. Ingatkan BF ni macam sikitla nenen, sekali keluar masya Allah, mau-mau 5 -6oz yang keluar tu, lebih la lebih. Nangis punya nangis, pujuk-pujuk Hana, akhirnya nenen semahu-mahunya, untuk cover yang muntah tu la kan. Nampak betul kebulurnya masa tu. Mau bagi makan pun tidak terbagi sudah, lagipun masa bagi makan tengah hari, memang dia tidak mahu la. In fact, baru ja bagi dia breakfast bubur beras bario, memang tidak mahu juga..
Ada juga aku cakap sama Amit, entah-entah Hana sakit kerongkong sebab makan nasi (buduh kan aku hohoho) terus Amit cakap, "awu.. mun damam makan nasi, ada orang dulu-dulu damam tia saja.." har har har aku ketawa besar, hehehehe.. maksud aku tu mungkin dia nda biasa ka, sebab campur ikan dan sayur ka.. huhuhu..
Sekarang aku ambil cuti, atas nasihat mama. Kalau tidak, aku plan datang lambat tadi, tapi si Hana menangis-nangis sampai meleleh hingus. Kebetulan hari ni banyak aktiviti kesihatan dari Jabatan Kesihatan. Daripada aku bodo-bodo di sekolah, baik aku jaga Hana.
Hai hai hai.. susah hati bila anak demam...

Subscribe to:
Posts (Atom)