Tupperware Labuan

Thursday, August 4, 2011

Menu sungkai

Sungkai dalam bahasa brunai kedayan bermaksud berbuka puasa. Sudah masuk hari ke-4 berpuasa, alhamdulillah.. rasa sekejap betul masa berlalu...

Setakat ni, belum lagi aku membeli belah di pasar Ramadhan. Antara sebab-sebabnya:

1. Aku takde tekak la nak makan nasi kedai Ramli (Bujang Lapok)
2. Malas mo angkut Hana di petang yang sangat-sangat panas ni, boleh dehidrat begini ni.
3. Rajin pula masak-memasak sekarang ni.

Kalau ingat-ingat balik, tahun-tahun lepas, boleh masam muka kalau tidak di bawa ke bazaar Ramadhan, mau juga berjalan-jalan, cuci-cuci mata dan berbelanja beli juadah berbuka. Sanggup pula tu meredah panas, susah payah mencari parking kereta, pregnant pula tu. Memasak sendiri? Jauh sekali. Alasan, penat la... Tapi memang masa tu aku penat pun, demam pula tu masa puasa. Kalau menjelang petang, badan menjadi sejuk, terketar-ketar pakai selimut. Masa sihat tu mau juga-juga ke bandar.

Sekarang, habis saja sekolah, singgah dulu ke kedai runcit, mungkin boleh beli bahan untuk memasak, beli jus untuk berbuka puasa. Ambil Hana, mandikan si damit ni, kami rehat-rehat tunggu abang Rijan balik. Dia balik terus bagi Hana sama babahnya, aku masak.

Tapi jangan silap, entah-entah berapa hari jak begini, hari-hari seterusnya beli saja hahaha.

Setakat ni, ini la menu sungkaian kami..
Hari pertama: Nasi Arab aka nasi beriani, kek coklat, sirap peng. (Macam beli di kedai kata Abang Rijan)
Hari ke-2: Nasi putih, udang masak merah, air laici. Abang Rijan ada beli tapai, ikan bakar. Aku nda termakan pun tapai tu.. membazir saja.
Hari ke-3: Chicken chop, mushroom gravy. Patutnya ada kentang goreng tapi tidak sempat sebab lambat mula masak. Minum air jagung laici peng. Abang Rijan cakap sedap, sehingga menjilat jari. Lain kali teringin makan chicken chop boleh buat sendiri sudah, tambah sayur salad dengan mayonis, yummy!

Hari ke-4? Tidak tau lagi, insya Allah mau masak ayam masak kurma, dan peria tumis dengan udang. Memang tidak terbayang pula menu-menu beli di bazaar ni.. kalau dulu, itu la yang difikirkan dulu, mau beli apa aa petang ni?

Harap-harap la semangat memasak sungkai berkekalan hingga hujung puasa.. seronok rupanya memasak sendiri ni hehehe..

2 comments:

  1. best bah bila da orang mo di kasi makan kan..mun surang2..awu..inda jualah rajin banar..hehe. tapi aku sahur mesti masak sendiri lah..mo yg panas2 kunun...sungkai..belum lagi mula masak sbb surang2..bikin panat saja..haha

    ReplyDelete
  2. ya lor.. kalau surang2 mo masak pun nda pulang modal..

    ya, kalau sahur mesti mo makanan panas, apatah lg kalau pregnant, nanti berpantang lagi la mesti makan makanan yg freshly cook :)

    ReplyDelete