Syukur Alhamdulillah... senang juga rasa hati ku ini..
Hari ni terpaksa tinggalkan Hana lama sikit..sudah la hantar awal pagi tadi, gara-gara awan mendung dan memang aku pun mahu melantak soto kegemaran di gerai Tangah. Lepas tu tengah hari terpaksa pula hantar susu saja (selalu bawa balik kejap untuk nursing). Petang dekat pukul 4 baru dapat ambil.
Masa aku datang untuk ambil si kecil ni, Hana tengah baring-baring, borak-borak sama nenek Amitnya (macam banar saja si Hana ani). Amit kasitau la si Hana dari tengah hari tiada tidur lepas mengamuk. Lepas kena kasi baring di luar atas tilam bagi kipas, pakai baju & pampers ja baru diam. Kepanasan la tu confirm, serangan kemarau kan sekarang.. dengan aku pun tengah sorethroat, batuk dan selsema.
Aku tinjau-tinjau, 10oz juga habis oleh si Hana. Amit bagitau, Hana hari ni nenen guna botol saja tiada guna sudu. Kemudian Amit kasi nenen si Hana guna botol tu. And walla! Si Hana menyusu, tapi tangannya cakar-cakar gitu. Amit bedung tangannya terus diam menyusu tiada cakar-cakar harimau tu lagi. Syukur Alhamdulillah... senang hati aku bah... syukur...
Balik rumah, ada 1oz lebih, lebihan si Hana menyusu tu, oleh kerana masih bagus lagi, tapi tidak kan la aku mau simpan. So aku try susukan Hana guna botol tu. Aku bedung tangannya, dia diam-diam menyusu sambil tengok tv.. huhu.. syukur lah.. lepas ni tidak la susah hati sangat.. Hana boleh terima sudah puting botol..
Untuk pengetahuan, aku kasi Hana puting Pegion yang murah warna kuning, harga RM6.90, boleh guna botol apa saja. Bukan puting Pegion yang memang khas untuk botolnya sendiri tu.Lepas ni mau beli lagi untuk stok ganti hari-hari, tidak la cepat rosak nanti.
Tupperware Labuan
Tuesday, June 28, 2011
Hana sudah mahu menyusu guna botol
Sunday, June 26, 2011
Dilema anak tidak mahu menyusu guna botol..
"Baik ajar anak menyusu guna botol, mana tau susu kering."
Lepas dengar ayat tu, terus aku terkedu. Tiada jawapan.
Susu ibu adalah berdasarkan kepada hukum demand and supply. Selagi ada permintaan (selagi Hana mau menyusu badan) selagi itulah susu badanku akan dapat dihasilkan. Minta banyak, banyaklah hasilnya. Minta sikit, sikitlah hasilnya. Asalkan aku minum dan makan secukupnya, ok la tu. (Lainlah aku sengaja berlapar 24 jam non-stop, mungkin akan kering).
Dilema ku ialah, akan tibakah harinya, apabila Hana tidak mahu menyusu dengan ku, dan pada masa yang sama, tidak juga mahu menyusu guna botol, dalam usia tidak sampai 2 tahun?
Janganlah tiba hari itu, nauzubillah..
Ditakdirkan aku pendek umur.. macam mana lah anak ku ni nanti.. astagfirullah...
Adalah beberapa ibu yang otai sound aku, kenapa tidak diajar anak menyusu guna botol. Ada aku ajar, paksa. Kalau 1 jam lebih menangis, depan mata, dikasi biar? IDTS.
Nurse ada ajar aku, untuk ajar anak menyusu guna botol, 7 hari pertama, untuk sebelah pagi, susukan anak dengan susu perahan menggunakan botol. Kalau sudah 1 bulan, tidak mahu juga guna botol, macam mana?
Di sinilah aku menggunakan teknologi. Aku google. Rupanya, anak ku ni kira 1 in a thousand babies yang tidak mahu guna botol. Kalau baca thread forum orang, ada juga berbelas-belas ibu yang risau arakian anaknya tidak mahu menyusu guna botol ni.
Kesian juga sama makcik aku.. terpaksa guna sudu.. kalau guna sudu, habis juga 6-8 oz setengah hari aku pergi sekolah. Kalau guna botol, 40z pun susah-susah mau habis... dilema lagi...
Mudah-mudahan la Hana boleh terima botol juga 1 hari nanti..

Iklan Kempen Penyusuan Ibu Secara Ekslusif.
Baru tadi nampak iklan tu di TV1.Yang sempat aku tengok, ibu yang bekerja memerah susu menggunakan pam di tempat kerja. Mesej yang disampaikan adalah, memberikan bayi susu perahan ketika ibu bekerja dan menyusukan bayi secara terus apabila berada di rumah. Terus terfikir, "oo.. ini lah iklan yang Tangah Asmah cakap tu..". Terus teringat perbualan bersama Tangah..
Kenapa orang dulu-dulu bagi susu formula pada baby? Sebab kurang pengetahuan. Ya lah, orang dulu-dulu, tambah-tambah lagi keluarga sebelah bapaku (keluarga nelayan), mau dengar radio pun susah-susah. TV? Lagilah tiada. Internet jangan cakaplah. Sedangkan zaman aku kecil pun waktu tu bila mau internet connection, bunyi bukan main bising lagi bunyinya.
Oleh itu, kebaikan susu ibu tu tidak berapa diketahui oleh orang dulu-dulu. Malah ada yang fikir susu formula itulah yang terbaik Banyak vitamin. Mama aku cakap, zaman dia beranak dulu, lahir-lahir saja baby, nurse terus sumbat susu botol. Nurse yang sumbat sendiri tu. Kalau sekarang, nurse tidak habis-habis nasihat ibu terutama ibu novice untuk susukan bayi dengan susu ibu sahaja.
Ada lagi satu mentaliti, kalau bagi susu ibu, sebab ekonomi. Yalah, susu ibu free, susu formula kena beli. Bila makcik aku (sebelah mama) tanya susu apa yang aku feed Hana, aku cakap la susu badan. Dia terus cakap, "ekonomi?" Terkedu aku sekejap. Kalau mau kata ekonomi, banyak sudah belanja untuk menyusukan Hana susu badan ni. Mujurlah kakak ku Nadia bagi aku pam Spectra 3 tu. Kalau beli sendiri, mau rm500 juga tu.
Kesimpulannya, maklumat sudah dihujung jari, terpulang kepada kita untuk memilih apa yang dirasakan terbaik. Bagi aku, biarlah aku teruskan dengan penyusuan susu ibu selagi mampu. Mudah-mudahan.. amin..

Thursday, June 23, 2011
you are not currently following any blog--- apahal?
saja buka dashboard untuk tengok blog yang aku follow punya update, sekali ada statement seperti tajuk di atas. hairan??? bila masa aku delete blog yang aku follow..
pening sudah ni blogger.com tau..
pening sudah ni blogger.com tau..
Saturday, June 18, 2011
Exclusive breastfeeding baby
Tadi sarapan di kantin makcik, makan soto Tangah Anyut. Macam biasa la soto Tangah Anyut memang signature dish lah, supnya memang sedap, tidak perlu tambah perasa sudah sedia sedap. Kalau mau cuba boleh ke kantin di Batu Manikar, sebelah Manikar Beach Resort Labuan.
Jadinya, kalau sarapan di situ, memang la berbual-bual dengan saudara mara ni. Keluar la cerita pasal baby menyusu badan sepenuhnya..
Kata Kakak Damit (sepupu), yang sudah ada 3 orang anak, paling tua tingkatan 4, paling muda tahun 4.. bayi menyusu badan sepenuhnya:
Pesan Tangah Asmah & Kakak Damit:
P/s: Terima kasih kepada Khatijah, isteri sepupu ku Jal, bagi puting susu fiffy dan botol susu non-bpa untuk test dengan si Hana.. al-maklumlah, si Hana tidak suka menyusu guna botol, guna sudu suka pula, huhu...

- memang badannya kecil berbanding bayi menyusu formula. Jadi jangan la susah hati sangat kalau baby tidak seberat baby lain.. yang penting baby kenyang.
- memang akan sentiasa mahu menyusu, sebab susu cepat hadam dan cepat lapar. Jadinya, kalau baby selalu nangis mau susu, bukan sebab susu tidak cukup, tapi memang begitulah kejadiannya tu..
- biasa lah tu kalau menyusu sekejap saja, kadang2 hanya untuk menenangkan dia untuk tidur, bukan lapar pun, jadi jangan la susah hati sangat kalau dia menyusu sekejap, kira seteguk dua la tu untuk baby tu..
Pesan Tangah Asmah & Kakak Damit:
- Jangan kurang minum air, mesti selalu minum air. Air kosong, susu, jus.- Kalau baby menyusu direct, memang tidaklah masalah sangat, tapi bila pam susu, kalau kurang minum air, memang ketara sangatlah beza dengan banyak minum air.
- Jangan tidak makan.. makan saja jangan tunggu lapar, karang naik dugal (gastrik) - Ya, yang ni memang betul, aku lupa makan sampai trauma sakit perut huhu..lagipun kalau menyusu badan banyak bakar kalori, jadi sesuai la makan tu.. asal jangan over makan sudah la.
- Banyak makan buah-buahan, hidangan yang bersup.
P/s: Terima kasih kepada Khatijah, isteri sepupu ku Jal, bagi puting susu fiffy dan botol susu non-bpa untuk test dengan si Hana.. al-maklumlah, si Hana tidak suka menyusu guna botol, guna sudu suka pula, huhu...
Thursday, June 16, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Pokoknya..aku ngak boleh putus harap..
Baca tajuk entry, confirm blogger.com ni fikir site ni dari Indonesia huahuahua..
Ini adalah entry untuk memotivasikan diriku..
Hari ini, dengan aktiviti mengepam susu pada pagi, petang dan malam, aku telah berjaya mendapat 8oz ebm. Alhamdulillah..
Pokoknya, mesti rajin pam susu.. kalau ada masa tu, contohnya masa Cik Hana tidur.. boleh lah pam, walaupun dapat 1oz saja..
Masa di sekolah boleh dapat hampir 5oz..petang boleh dapat hampir 2oz, sudah 7oz di situ.. malam, masa Hana tidur, 1oz pun sudah cukup bagus.. boleh la jadi bekalan Hana masa aku ke sekolah.
Insya Allah..aku harus menguatkan semangat, untuk mengepam stok susu dihari Sabtu dan Ahad. Manalah tau kalau aku terpaksa kursus luar Labuan..
Mudah-mudahan.. usaha dipermudahkan Allah.. amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)