Tupperware Labuan

Sunday, June 26, 2011

Iklan Kempen Penyusuan Ibu Secara Ekslusif.

Baru tadi nampak iklan tu di TV1.Yang sempat aku tengok, ibu yang bekerja memerah susu menggunakan pam di tempat kerja. Mesej yang disampaikan adalah, memberikan bayi susu perahan ketika ibu bekerja dan menyusukan bayi secara terus apabila berada di rumah. Terus terfikir, "oo.. ini lah iklan yang Tangah Asmah cakap tu..". Terus teringat perbualan bersama Tangah..

Kenapa orang dulu-dulu bagi susu formula pada baby? Sebab kurang pengetahuan. Ya lah, orang dulu-dulu, tambah-tambah lagi keluarga sebelah bapaku (keluarga nelayan), mau dengar radio pun susah-susah. TV? Lagilah tiada. Internet jangan cakaplah. Sedangkan zaman aku kecil pun waktu tu bila mau internet connection, bunyi bukan main bising lagi bunyinya.

Oleh itu, kebaikan susu ibu tu tidak berapa diketahui oleh orang dulu-dulu. Malah ada yang fikir susu formula itulah yang terbaik Banyak vitamin. Mama aku cakap,  zaman dia beranak dulu, lahir-lahir saja baby, nurse terus sumbat susu botol. Nurse yang sumbat sendiri tu. Kalau sekarang, nurse tidak habis-habis nasihat ibu terutama ibu novice untuk susukan bayi dengan susu ibu sahaja.

Ada lagi satu mentaliti, kalau bagi susu ibu, sebab ekonomi. Yalah, susu ibu free, susu formula kena beli. Bila makcik aku (sebelah mama) tanya susu apa yang aku feed Hana, aku cakap la susu badan. Dia terus cakap, "ekonomi?" Terkedu aku sekejap. Kalau mau kata ekonomi, banyak sudah belanja untuk menyusukan Hana susu badan ni. Mujurlah kakak ku Nadia bagi aku pam Spectra 3 tu. Kalau beli sendiri, mau rm500 juga tu.

Kesimpulannya, maklumat sudah dihujung jari, terpulang kepada kita untuk memilih apa yang dirasakan terbaik. Bagi aku, biarlah aku teruskan dengan penyusuan susu ibu selagi mampu. Mudah-mudahan.. amin..

No comments:

Post a Comment