Tupperware Labuan

Sunday, July 31, 2011

Tidur, Berjaga, Kuning dan lain-lain.

Masa Hana baru dilahirkan, susah hati betul masa tu, tidur saja kerjanya. Manakan tidak, jaundice (kuning) Hana waktu tu sampai tahap membimbangkan, even it is common among babies (ayat Doktor Ong), Hana has been diagnosed with prolonged jaundice, which can lead to any possible problems to baby. Sudah la kena suspect thyroidism, huhuhu... sedih gila ni. Kalau diikutkan sangat emosi waktu tu, nauzubillah boleh dapat postpartum stress/depression. Asal laki ku mo pergi kerja ja aku menangis, tanda-tanda la tu.

Hana sudah umur 2 bulan, baru la nurse cakap kuning dah takde dah. Dalam masa 2 minggu yang pertama, memang naik boring dan emosi dengan hospital,tapi terpaksa juga sebab kalau tidak pergi hospital tidak kan la dibiarkan anak sakit kuning begitu. Pantang pun macam tidak berpantang. Sampai naik menyampah dengan hospital. Ambil darah 2 kali, helloo! Bukan sikit tau, mau 5ml juga darah diambil. Do you know, babies' vein are very small, kalau darah kita kena ambil, sekejap ja penuh tu 5ml kan. Kalau baby, kecil halus lagi macam si Hana belum 1 bulan, urat darahnya sangat la halus, besar lagi jarum tu dari uratnya. Sekali cucuk bukan semestinya dapat terus 5ml.

Ini pengalaman aku melihat Hana dicucuk-cucuk sana sini.

Cucuk dulu urat di atas tangan (nda ingat kanan ka kiri), nanti nurse cakap, ala, nda keluar la darahnya.. sorry ah.. mo cuba tempat lain lagi..ketika ini aku sedaya upaya memujuk Hana yang sedang menangis bagai didera oleh mama tiri ni. Cucuk lagi tangan sebelah.. ala.. nda keluar la darahnya ni.... sabar.... cucuk lagi urat kaki... pun tidak dapat. Last-last panggil doktor, cucuk urat di kaki yang sangat halus itu, diregang-regangkan lagi kaki tu supaya darah dipaksa keluar, lepas tu anak menangis kesakitan. Hai... bila ingat balik, rasa macam luluh saja hati ni.Mana lagi hati seorang mama yang kebaruan jadi mama sedih lihat anak macam tu, mana lagi kena kawal emosi supaya dapat pujuk anak menenangkan si damit  tu..

Ya, waktu tu aku kebaruan jadi mama, aku langsung tidak sangka sampai begitu sekali terjadi kepada Hana, ingatkan, lepas bersalin, duduk-duduk rumah, berpantang dengan jayanya, melayan anak kecil, a bit struggling to breastfeed lil one, ala-ala gitu la.. ini tidak, part struggling to breastfeed, YES. yang lain, ulang alik ke hospital dengan luka di bawah tu yang masih terasa, check in hospital, kena tahan 2 malam, kena cakap lagi susu tidak baik... urgghhh!!!

Itu belum lagi cerita, sudah 6 hari bersalin, baru dapat check out dari hospital. Hai hai haiii.... Hana kena tahan lagi dalam SCBU, tugil-tugil tidak pakai baju, tutup mata pakai kapas dan selotep hospital tu, piknik bawah lampu biru.... hai hai haiiii lagi sekali...

In fact, sepanjang kejadian 1 bulan lebih tu, si Hana belum ada nama lagi, mula-mula plan mo kasi nama Myra, tapi lepas malam pertama di wad kanak-kanak, kuning Hana di tahap kalau naik lagi sikit, pergi Likas, blood transfusion, terus abang Rijan suruh tukar nama. Aku sebagai mama baru, trauma, terus saja setuju. Tiada fikir panjang,

Bila ingat-ingat balik, alhamdulillah... Hana sihat saja sampai sekarang. Hospital cakap, kalau dalam 2 bulan tiada kena call pasal darah tu, maknanya tiada apa-apa la tu.. sampai Hana mo masuk 6 bulan, tiada kena call, tiada apa-apa la tu..

Sebenanrnya entry ini adalah mengenai Hana yang dulu kuat tidur, sekarang mo kasi tidur pun susah. Tidurnya 30-40 minit, berjaga 2-3 jam. Tapi tidak apa lah, mama sayang sama Hana, mo berjaga mo bermain, main la sayang, mama layan saja.

Akhirnya tidur juga Hana, main saja kerja sekarang, :)

Wednesday, July 27, 2011

Eggless Choco Moist Cake- new version.




Hari tu, my sister try la resepi eggless choco moist yang aku post tu. Komennya, kurang sesuai dengan seleranya, dan mesti mo guna butter juga. So, hari ni tercapai cita-cita membakar kek coklat lembab tanpa telur ni, tapi kali ni ubah suai sedikit  resepinya. Bagi aku, memang sedap daripada yang asal, lebih moist dan kurang bau soda bikarbonat.Abang Rijan makan sampai licin, tinggal 2 potong jak lagi hehe. Insya Allah, malam ni baking mode lagi, mo bagi adik-adik aku.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor) tukar dengan tepung gula.
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil) guna butter pada suhu bilik
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady) tambah jadi 1/2 cawan
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan (plain)
* Vanilla Extract 1 sudu makan
 *Coklat cip secukupnya.

Cara-caranya:
Panaskan oven 170 c.
Campurkan semua bahan kering, ayakkan. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering. Tambah bahan basah satu persatu, adun menggunakan spatula. Campurkan coklat cip pada tepung, kemudian campurkan coklat cip yang bersalut tepung ke dalam adunan kek tadi. Bakar selama 30 minit. Kalau rajin boleh tambah topping.

Thursday, July 21, 2011

Tips memeriahkan hasil pump susu.

Ini baru berlaku sebentar tadi. Jadi sebelum aku lupa, aku mau blog di sini dulu.

Tips untuk perbanyakkan susu perahan.

1) Untuk orang Islam, bolehlah baca
“لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ (Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku).”
Alhamdulillah, masa tengah pump susu, terbaca ayat ni di status orang di FB, susu keluar mencurah-curah. Subhanallah.

2) Hati musti mo happy, gembira, tenangkan fikiran. Jangan fikir masalah-masalah yang akan menyebabkan anda stress. Tadi terbaca status kakak ku, entah kenapa aku macam terhibur, keluar lagi mencurah-curah susu itu. Hari tu, kelam kabut mo pump susu, perut lagi lapar, rasa badan pula panas sebab haba di dewan, sudahnya, susu bengkak,tapi bila pump, susu keluar 2 3 titik sahaja.

Banyak lagi tips sebenarnya, kebanyakan kakak aku la yang kasitau, dan lain-lain di google dan bertanya kawan-kawan. Ok le tu =)

Monday, July 18, 2011

Hana yang tidak mudah terhibur

Kalau orang yang jarang jumpa Hana, mesti ingat Hana belum pandai ketawa. Yang sebetulnya, Hana tidak mudah terhibur, huhu.. neneknya pun susah-susah buat dia gelak, inikan pula orang yang jumpa 1 kali saja. Tapi alhamdulillah, setakat hari ni, kalau aku senyum pun Hana sudah ketawa sikit dan senyum-senyum (lucu kali muka mamanya kalau senyum). Itupun ketawa sikit sekejap ja, cepat bosan ni. Kena buat trick lain lagi. Sudahnya, aku penat mengagah. Mungkin mewaris sebelah babahnya la ni.. untuk pengetahuan, kalau dikira abang Rijan ketawa depan aku, kurang dari 15 kali rasanya sepanjang kenal ni. Hurm...

Apa-apapun, mama sama babah sayang sama Hana, muahh!

Sunday, July 17, 2011

Eggless Moist Chocolate Cake

Akhirnya, dapat juga aku melaksanakan impian membuat kek coklat ni. Keinginan untuk buat kek ni diinspirasikan dari kegemaran mamaku yang suka beli kek ni masa bulan puasa (kan tidak lama lagi puasa). Jadi aku fikir, baik buat sendiri, lagipun sudah ada oven kan. Google punya google, jumpa satu website yang memaparkan resepi kek coklat tanpa  menggunakan telur. Hurm.. menarik! Tapi semalam abang Rijan heran, kenapa tidak guna telur. Aku cakap, resepi ni untuk orang yang alergi dengan telur. "Kita ada yang alergi telur ka? Tiada kan?" Erm.... aku jawab "memang resepi dia begitu.." Tapi aku suka resepi ni sebab senang dan kurang bersepah. No eggs, no butter, less messy. Super easy!


Recipe courtesy from Foodtale.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor)
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil)
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady)
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan
* Vanilla Extract 1 sudu makan

Cara-cara:
Panaskan oben 170 C.

Ayak semua bahan kering. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering, masukkan bahan basah 1 persatu. Gaul guna spatula sehingga sebati (guna mixer pun boleh, kelajuan yang minima). Ini aku belajar dari Masterchef, campuran yang seperti membelah lautan itu yang bagus.

Sapu loyang dengan minyak, dust loyang menggunakan serbuk koko. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Ketuk sedikit loyang untuk meratakan campuran  dan untuk mengeluarkan angin,

Bakar selama 30 minit. Aku bakar 20 minit ja sebab loyang terlebih besar, campuran tu pun nipis ja dalam loyang. Cek kek guna pencungkil gigi (I guna garpu), kalau pencungkil gigi bersih maknanya sudah  masakla tu.

Boleh topping sukati, semalam tidak sempat buat sebab kena tunggu kek sejuk, abang Rijan nda sabar mo makan.=)

 Selepas potong-potong untuk di bawa ke rumah sebelah, ada lagi baki abang Rijan simpan dalam tupperware dalam peti sejuk. Tadi test makan, still moist gitu, sedap!

Selamat mencuba!

Saturday, July 16, 2011

Hana sudah 5 bulan :)

heran tengok kamera, hilang senyuman hurm..
morning nap.

spring unggakan yang sudah keberatan :)

Latest milestones:

- sudah boleh pusing badan, tapi belum boleh keluarkan tangan.
- nyanyi-nyanyi atau membebel sebelum tidur.
- kenal suara mamanya :)
- masukkan apa saja yang boleh dicapai dalam mulut,
- angkat kepala ke depan. Kalau dalam kereta gantung-gantung kepala ke depan duduk dalam baby car seat.
- senyum kembali apabila kita senyum walaupun tidak diagah .
- pandai memilih.

Hari Isnin ni kita pergi bertimbang dan cucuk imunisasi ok Hana :)

Friday, July 15, 2011

Breastfeeding burns calories.

Selepas melahirkan Nur Hana, alhamdulillah, berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung (tidak perlulah aku nyatakan di sini ya huhu). Semasa mengandung, banyak spekulasi dari rakan-rakan dan sanak saudara bahawa badan aku akan naik dengan jayanya, alasan klise, sudah beranak, biasa lah kalau badan naik. Aku melihat kakak aku sebagai contoh terdekat. Badannya nda naik-naik pun, huh. Maka aku menjadikan kakak ku, Nadia, sebagai idola dalam hal-hal berat badan selepas melahirkan anak ni.

Sebelum berbicara lanjut, saja la mo bagitau. Baru-baru ini timbang berat badan di sekolah, guna penimbang digital keluaran Empress edaran Cosway. Dengan terkejutnya aku memandang catatan berat, turun lagi 1kg! Wah wah wah.. ini sudah menggembirakan diriku di pagi hari.

Adalah beberapa kawan di sekolah tanya, "ko diet ka?" Diet apanya, makan macam gelojoh ja, serupa orang 2 hari tidak jumpa makanan. Jadual makan ku, pagi sebelum 7.30pagi makan, pukul 10 makan, tengah hari makan, pukul 3petang makan, pukul 7 malam makan. Pagi makananku semua berat, mee goreng, nasi dan lauk pauk. Petang biskut-biskutan, malam pula makan berat.

Bagi yang memahami dan tahu, durang tolong jawabkan "biasalah kalau menyusu badan". Mungkin betullah tu. Menurut Breastfeeding, menyusu badan membakar lebih 600 kalori sehari, serupa macam orang arobik 2 jam sehari. Dan sekarang Hana tidur sekali dengan mama babahnya (family bed), setiap malam mesti menyusu entah berapa kali (aku pun tidak kira) dan Hana ni reverse cycling. Di sekolah aku akan pump susu untuk stok Hana ketika aku kerja. Itu pasal la lapar betul agaknya. Tapi laki aku cakap sebelum aku mengandung pun aku begitu juga kuat makan. Chis! Tapi kalau dulu begitu, pasti aku menjadi bulat dan tembam. Sekarang tidak lagi, makan banyak pun maintain ja, turun lagi adalah.

Adalah kawan sorang ni cakap "sekajap ganya tu turun badannya, liat tah nanti 6 bulan, naik bebalik tu badannya." Hamboihh.. terkedu aku mendengarnya.. walau apa pun, nda kisah la naik ka turun ka, yang penting badan sihat. Dan yang paling penting Hana terus menyusu badan sehingga sekurang-kurangnya umurnya mencecah 2 tahun.. amin...


Teringat masa mengandung, aku cakap insya Allah lepas melahirkan anak mau turunkan berat badan, kemudian ada la seorang hamba Allah ni cakap, "kalau kau mustahillah turun badan, bulat sudah hidungmu." Begitu lah lebih kurang..
Ada juga sorang hamba Allah ni lagi, "nda turun ni badan kak tasha, nda turun ni, liat tah saja". Terfikir juga, kenapa lah ada manusia yang sentiasa berfikiran negatif bagi pihak orang lain ni.. tapi apa yang penting, badan sihat, anak sihat, alhamdulillah...