Tupperware Labuan

Sunday, July 17, 2011

Eggless Moist Chocolate Cake

Akhirnya, dapat juga aku melaksanakan impian membuat kek coklat ni. Keinginan untuk buat kek ni diinspirasikan dari kegemaran mamaku yang suka beli kek ni masa bulan puasa (kan tidak lama lagi puasa). Jadi aku fikir, baik buat sendiri, lagipun sudah ada oven kan. Google punya google, jumpa satu website yang memaparkan resepi kek coklat tanpa  menggunakan telur. Hurm.. menarik! Tapi semalam abang Rijan heran, kenapa tidak guna telur. Aku cakap, resepi ni untuk orang yang alergi dengan telur. "Kita ada yang alergi telur ka? Tiada kan?" Erm.... aku jawab "memang resepi dia begitu.." Tapi aku suka resepi ni sebab senang dan kurang bersepah. No eggs, no butter, less messy. Super easy!


Recipe courtesy from Foodtale.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor)
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil)
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady)
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan
* Vanilla Extract 1 sudu makan

Cara-cara:
Panaskan oben 170 C.

Ayak semua bahan kering. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering, masukkan bahan basah 1 persatu. Gaul guna spatula sehingga sebati (guna mixer pun boleh, kelajuan yang minima). Ini aku belajar dari Masterchef, campuran yang seperti membelah lautan itu yang bagus.

Sapu loyang dengan minyak, dust loyang menggunakan serbuk koko. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Ketuk sedikit loyang untuk meratakan campuran  dan untuk mengeluarkan angin,

Bakar selama 30 minit. Aku bakar 20 minit ja sebab loyang terlebih besar, campuran tu pun nipis ja dalam loyang. Cek kek guna pencungkil gigi (I guna garpu), kalau pencungkil gigi bersih maknanya sudah  masakla tu.

Boleh topping sukati, semalam tidak sempat buat sebab kena tunggu kek sejuk, abang Rijan nda sabar mo makan.=)

 Selepas potong-potong untuk di bawa ke rumah sebelah, ada lagi baki abang Rijan simpan dalam tupperware dalam peti sejuk. Tadi test makan, still moist gitu, sedap!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment