Tupperware Labuan

Friday, July 15, 2011

Breastfeeding burns calories.

Selepas melahirkan Nur Hana, alhamdulillah, berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung (tidak perlulah aku nyatakan di sini ya huhu). Semasa mengandung, banyak spekulasi dari rakan-rakan dan sanak saudara bahawa badan aku akan naik dengan jayanya, alasan klise, sudah beranak, biasa lah kalau badan naik. Aku melihat kakak aku sebagai contoh terdekat. Badannya nda naik-naik pun, huh. Maka aku menjadikan kakak ku, Nadia, sebagai idola dalam hal-hal berat badan selepas melahirkan anak ni.

Sebelum berbicara lanjut, saja la mo bagitau. Baru-baru ini timbang berat badan di sekolah, guna penimbang digital keluaran Empress edaran Cosway. Dengan terkejutnya aku memandang catatan berat, turun lagi 1kg! Wah wah wah.. ini sudah menggembirakan diriku di pagi hari.

Adalah beberapa kawan di sekolah tanya, "ko diet ka?" Diet apanya, makan macam gelojoh ja, serupa orang 2 hari tidak jumpa makanan. Jadual makan ku, pagi sebelum 7.30pagi makan, pukul 10 makan, tengah hari makan, pukul 3petang makan, pukul 7 malam makan. Pagi makananku semua berat, mee goreng, nasi dan lauk pauk. Petang biskut-biskutan, malam pula makan berat.

Bagi yang memahami dan tahu, durang tolong jawabkan "biasalah kalau menyusu badan". Mungkin betullah tu. Menurut Breastfeeding, menyusu badan membakar lebih 600 kalori sehari, serupa macam orang arobik 2 jam sehari. Dan sekarang Hana tidur sekali dengan mama babahnya (family bed), setiap malam mesti menyusu entah berapa kali (aku pun tidak kira) dan Hana ni reverse cycling. Di sekolah aku akan pump susu untuk stok Hana ketika aku kerja. Itu pasal la lapar betul agaknya. Tapi laki aku cakap sebelum aku mengandung pun aku begitu juga kuat makan. Chis! Tapi kalau dulu begitu, pasti aku menjadi bulat dan tembam. Sekarang tidak lagi, makan banyak pun maintain ja, turun lagi adalah.

Adalah kawan sorang ni cakap "sekajap ganya tu turun badannya, liat tah nanti 6 bulan, naik bebalik tu badannya." Hamboihh.. terkedu aku mendengarnya.. walau apa pun, nda kisah la naik ka turun ka, yang penting badan sihat. Dan yang paling penting Hana terus menyusu badan sehingga sekurang-kurangnya umurnya mencecah 2 tahun.. amin...


Teringat masa mengandung, aku cakap insya Allah lepas melahirkan anak mau turunkan berat badan, kemudian ada la seorang hamba Allah ni cakap, "kalau kau mustahillah turun badan, bulat sudah hidungmu." Begitu lah lebih kurang..
Ada juga sorang hamba Allah ni lagi, "nda turun ni badan kak tasha, nda turun ni, liat tah saja". Terfikir juga, kenapa lah ada manusia yang sentiasa berfikiran negatif bagi pihak orang lain ni.. tapi apa yang penting, badan sihat, anak sihat, alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment