Tupperware Labuan

Monday, July 11, 2011

Bread Maker Empress Cosway - Berbaloi-Baloi!


Akhirnya, dapat juga aku membeli bread maker (BM) jenama Empress dari Cosway ni, huhu.. sebenarnya, hari tu sudah pigi cosway, buat IOU dengan diorang, booking 1 BM. Datang lagi, nampak ada 3 kotak BM yang agaknya baru sampai. Aku dengan rakusnya terus bertanya boleh beli ka tidak. Diorang cek dulu, tiga-tiga BM tu sudah ada yang booking, itupun dia cakap, sudah tunggu dari bulan April lagi. Huhu.. kecewanya aku.. kalau orang yang booking dari April pun bulan Julai baru dapat, aku ni, lepas raya la baru dapat? Huhuh...

Aku cerita sama kakak ku, Nadia. Dia pun sudi juga tolong survey-survey BM di KL, mungkin boleh pos guna Pos Malaysia melalui udara, seminggu lebih boleh sampai. Begitu sekali keinginan ku memiliki BM nih..

Semalam, 8 Julai 2011, aku telah mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Selalunya aku malas mo layan, dan selalu juga tidak terangkat phone sebab sibuk layan si Hana atau buat kerja lain. Mungkin rejeki saya la kan. Angkat phone terus orang dari hujung telefon itu berkata. "Hello, boleh cakap dengan Natasha?" Aku pun jawab, "Ya, bercakap.." "Saya dari Cosway..Ada bread maker sampai, kamu mau belikah?" Terus aku jawab "mau mau!" "Bila kamu mau datang ambil?" "Bisuk boleh kah?" "Boleh boleh."

Sekalinya, abang Rijan balik, kerja setengah hari, terus mengajak dia ke UK (Ujana Kewangan yer, bukan United Kingdom) untuk beli BM tuh.

Gembiranya bila BM tu sudah sah menjadi milikku, terus beli bahan-bahan buat roti. Oleh kerana sudah melabur RM279 dengan BM tu, bahan-bahan masakan semua abang Rijan beli, hehehe.. terima kasih sayang! Ya la, dia juga yang mo makan roti tu, bukan orang lain.. :)

By the time aku mendraf entry blog ini, BM ku itu sedang dalam proses buat roti putih biasa (roti paun gardenia tu), step RISE, kasi kembang itu doh. Esok, boleh la makan home made bread cicah dengan chicken creamy soup, marbeless gitu :)

4 comments:

  1. wah..tahniah..:)
    lepas ni boleh lawan buat roti dgn kak long..:)

    ReplyDelete
  2. nadia: syiok na langg..

    kak long: selalu tgk blog kak long, ambil resepi roti, semalam mau buat roti kaya, tengah masukkan inti dalam doh, hana pulak menangis, huhu..

    ReplyDelete
  3. hi
    I lost the kneading blades. do u sell it?

    ReplyDelete