Tupperware Labuan

Wednesday, May 18, 2011

1st day Hana without mama

ok, hari ni memang bangun yang sangat awal, takut keadaan jadi kelam kabut. sebelum tu, malamnya sudah sediakan pakaian dan pam susu. stok ebm letak di freezer bahagian bawah.

pagi-pagi lepas bersiap-siap, terus angkat si hana untuk disusukan. masih ok lagi. kemudian, si hana macam faham ja aku kena pergi kerja, satu senyuman pun aku tidak dapat. hurm.. kemudian, sempat menidurkan si hana lagi sebelum ke sekolah.. masih ok lagi..

oleh kerana ada 8 hari lagi sekolah sebelum cuti pertengahan tahun, so aku minta tolong nurul n lina untuk babysit hana..alang-alang juga..

sampai sekolah, murid-murid excited jumpa aku, aku pun excited juga jumpa diorang, pukul 10 begitu lina call, tanya mana sringe, untuk feed si hana. thanks to my big sister Nadia, dia la yang jadi guidance durang nurul sama lina time babysite si hana ni. masa si lina call tu, aku dengar background soundnya, suara si hana yang nangis dengan sangat kuat, dan suara soprano si nurul untuk mengatasi suara tangisan si hana.. hurm.. sabar saja la..

dalam pukul 11.00++ pagi, aku pump ebm, alhamdulillah, managed to get nearly 4oz of ebm.karang petang atau malam kena pump lagi untuk stok hana.

12.31pm, punch card, terus pergi tapau lauk.
12.59pm, sampai rumah, tukar baju, terus angkat hana untuk bf. sekali si hana menyusu, punya kebulur, kesian eh.. tapi si nurul cakap, kira banyak jua hana menyusu tadi, itupun selepas nadia ajar petua, puting susu botol tu di picit sedikit supaya baby dapat rasa air susu tu, dan dia akan hisap puting tu. syukur lah..

selalunya hana kalau suda menyusu, one side ja, tapi tadi 2 sides, kemudian belum sampai sejam, dia menyusu lagi sampai tertidur..

ok la tu.. dan untuk 1st day nurul & lina, they done a good job, syabas mere bete!

mujur aku setengah hari saja hari ni..
mujur sekolah agama ada peperiksaan, so aktiviti kokum cancel...
mujur si nurul and lina sedang bercuti..
mujur aku sudah stok awal-awal ebm masa dari berpantang lagi..

No comments:

Post a Comment