Tupperware Labuan

Thursday, May 12, 2011

cloth diapering for green environment

so i bought some cloth diapers, sebab?
  1. teruja untuk menghijaukan alam
  2. jimatkan belanja beli dispo diaper (tapi beli juga hoho)
  3. mengurangkan sampah dalam rumah (same reason no 1)
  4. mcm cumil jak cloth diaper ni.
ok, memang aku beli awal-awal cd ni, kakak aku Nadia pun ada bagi cd preloved durang si addin n zara. ingatkan keluar dari wad lepas bersalin mo pakai la cd, sekali macam-macam lagi la masuk scbu segala. dan nurse tu insist suruh pakai pampers, bukan lampin biasa. hurm...

lepas tu, balik rumah, macam best ja guna dispo diaper. sebab utama, senang. pastu rasa macam membazir jak beli cd ni.. then cikgu di sekolah bagi pendapat (anaknya pun pakai cd jugak), kalau umur 2 bulan ke bawah tidak apa bagi dispo diaper, sebab kecil lagi kan.. betul juga kan..

hana hampir umur 3 bulan (sejak 2 3 hari yang lalu la ni), aku cuba mengfullyclothdiaperkan anak aku. badan pun besar sudah, jadi tidak la awkward sangat pakai cd. testimonial untuk beberapa hari ni..

  1. pengurangan sampah disposable diaper yang sangat-sangat ketara. selalunya menggunung jak bakul sampah ni, especially kalau ada harinya yang balik-balik berak saja ni. sangat-sangat ketara!
  2. sepanjang guna cd, memang berkesan seperti dispo diaper, kering pada inner, tapi insertnya menyerap semua kencing tu. tp untuk inner bamboo, ada basah sikit. still, no nappy rashes.
  3. berlaku kebocoran 1 kali, sebabnya?time beli tu malas sudah mo prewash balik-balik,itu la akibatnya, kencing tidak diserap seperti yang sepatutnya. pengajaran: prewash la dengan rajin ok.
cumanya, setakat ni malam nda kasi pakai cd.sebab kalau malam kena la pakai baju yang panjang-panjang, lengan panjang seluar panjang. kalau seluar panjang, pakai lagi cd yang bulky tu, sasak la si hana. (jangan kata si hana, aku pun sasak!) wait till hana's leg warmer sampai, projek cd akan diteruskan sehingga malam, dan mungkin juga sehingga keesokkan paginya.

to be honest, bila baca review orang punya cerita pasal cd ni, macam susah jak. ada sistem pula. lepas pakai mo rendam la mo cuci macam mana mo jemur macam mana. just be natural. lepas pakai, cuci la. kan senang tu? kalau aku, as simple as, kumpul dengan baju hana yang kotor, and then cuci la. kalau ada poop tu kasi bersih la ba dulu. tiap kali tukar cd, aku bilas dengan air paip dulu, then taruh dalam baldi. abis cerita, tunggu masuk machine jak lagi.

sekarang tunggu leg warmer sampai, macam mana pakai cd waktu malam pula.

    No comments:

    Post a Comment