Tupperware Labuan

Thursday, May 5, 2011

panas dan mengantuk!

lepas meraikan Cikgu Rita, ikut guru-guru lain melawat kak faridah. akibatnya, si hana meragam gara-gara panas (tgh hari juga sudah) dan mengantuk. jadi terpaksa la balik awal.

masuk kereta, masih lagi menangis tarau-tarau. jadi, yang aku buat ialah kuatkan air-cond sampai level 3,tutup radio, letak tangan kiri di dada hana dan menyanyi. syukur lah tidak lama kemudian (dalam 2 minit) hana diam. kemudian hana tertidur, lega..fuh!

wah! ada kemahiran baru la, menidurkan hana dalam kereta semasa memandu, huhu... ya, aku letak ja anak aku baring di seat depan... dalam baby car seat la bah, adedeh....

PUBLIC SAFETY MESSAGE:make sure you put your baby  in baby car seat especially when you're driving alone with him/her. :)

No comments:

Post a Comment