Tupperware Labuan

Friday, May 6, 2011

egozite baby cream

Ada la satu malam, Hana tidak berhenti menangis, cek itu cek ini, rupa-rupanya badas (nappy rash) sudah anak ni. Bak kata mama ku, "mo melatop suda kulit dia ni."  Maka esoknya, kami ni pun ke farmasi cari nappy rash cream.

Banyak pilihan brand krim badas ni, tapi abang rijan pilih yang paling mahal (lagi mahal lagi bagus la kali huhu).

Jadi, ini la yang kami beli;

Tiap-tiap kali tukar lampin, memang apply la  krim ni, hasilnya alhamdulillah, sehari pun nampak sudah perubahannya, kulit jadi licin dan halus. badas yang kan melatop tu pun tiada sudah. Aunty farmasi tu ada cakap, kalau apply di muka atau mana-mana kulit yang ada masalah tu pun boleh.

belakang telinga hana macam ada kulit-kulit hitam, macam kulit kering. jadi, aku yang tiada pengalaman ni pandai-pandai buat eksperimen sapu guna baby oil. hasilnya, habis belakang telinga hana bernanah. lepas tu tidak berani lagi mo sapu apa-apa. teringat pula egozite ni, sapu sikit belakang telinga. Cuba teka? sekali apply sahaja, hilang terus unwanted skin belakang telinga hana. sekarang sudah halus dan mulus, tidak risau lagi pasal kulitnya tu.

So, kalau ada yang tercari-cari krim baby ni, aku cadangkan belilah egozite ni, kalau sesuai la sama baby ya.

3 comments:

  1. betul cucu saya juga pakai ini, yang diberikan oleh IJN sewaktu operasi jantung di IJN oleh Datu Mohamat Azhari Yacob.

    ReplyDelete
  2. hi dharma,selamat berkenalan.

    walaupun mahal tapi tiap-tiap kali beli krim memang krim ni yang kami beli, berbaloi.. highly recomended.

    by the way, siapa yg operasi jantung di IJN? I hope it's not your grandchild..

    ReplyDelete