Tupperware Labuan

Sunday, August 7, 2011

Petua melegakan sakit gusi atau sakit gigi. Pokok Senduduk.

Petua ini sesuai untuk gigi yang tidak berlubang ya.. kalau sudah berlubang tu cepat-cepat la pergi jumpa dentist.

Sebelum bagitau petua, biar aku cerita sikit dulu. Suatu hari, masa tengah hari, aku sakit gigi. Sakitnya sampai ke tulang hidung, tulang pipi dan tulang dahi. Sakit sangat la tu ok. Bila rasa-rasa, gusi bengkak. Tapi gigi tidak pula berlubang. Ingatkan mau minta kebenaran dengan bos keluar awal, pergi jumpa dentist. Kakak kerani ni pula cakap, jangan dulu pergi dentist, confirm kena cabut (ntah betul kena cabut atau kena bagi ubat, tidak tau la pula sebab memang tidak jadi pergi). Kalau ikut petua dia, gigi still boleh pakai.

Petuanya ialah, ambil pucuk daun kudok-kudok(bahasa orang sini) pokok senduduk, ambil la banyak-banyak supaya bila dikunyah banyak jusnya keluar. Cuci dulu, kunyah-kunyah, akan rasa kelat. Jus yang keluar dari daun itu dikumur-kumur di bahagian gigi yang sakit.

Alhamdulillah, instant relieve masa tu juga. Tapi tidak la baik terus. Tapi, menjelang malam, sakit gigi tu sudah hilang secara total. Alhamdulillah... betul-betul la syukur masa tu.. bukan apa.. kalau sudah beranak kecil ni, kalau boleh memang tidak mau sakit hatta sakit gigi sekalipun.

Rasanya, petua ni sesuai untuk ibu-ibu hamil yang sudah sampai stage tidak boleh cabut gigi ni. Juga boleh diamalkan oleh semua orang. Budak boleh ka? Tidak payah la, bawa ja budak pigi klinik ok..

Sebenarnya, banyak lagi kebaikan daun kudok-kudok yang tumbuh liar ni. Tidak boleh tanam ya..

P/s: Susah-susah cari di hutan belakang pra-sekolah. Rupanya ada tumbuh di stor belakang rumah.

Pokok Daun Kudok-kudok / Senduduk

Bunga Pokok Kudok-kudok/ senduduk warnanya ungu

Saturday, August 6, 2011

Nur Hana yang tumil.

Tumil tu maksudnya comel, siapa lagi mau puji anak kalau bukan mama sendiri hehe. Akhirnya, tidur juga anak aku ni. Post kali ini milestone Hana yang sudah berumur 5 bulan 2 minggu ++. Kurang 2 minggu lagi Hana umur 6 bulan. Alhamdulillah, Hana sekarang still fully breastfeeding. Target seterusnya fully BF sehingga 1 tahun, insya Allah..

Isnin lepas (1 Ramadhan pula tu kan), petang, waktu aku tengah sediakan pakaian Hana untuk mandi petang. Aku baringkan Hana tengah-tengah katil. Bila aku masuk balik, Hana sedang berusaha untuk meniarap. Aku tingu saja sambil diam (Hana mudah distract kalau dengar suara aku, menyusu pun boleh berenti). Tidak lama Hana dapat keluarkan tangannya. Alhamdulillah..Hana sudah pandai meniarap sendiri. :):) Terus aku puji-puji si Hana untuk beri galakan (walaupun aku nda sure dia paham ka tidak, tapi aku rasa dia paham). Malam tu terus iski balik-balik mau meniarap, tidur pun lambat mo bermain saja anak surang ni.

Sekarang, Hana kalau mau tidur, mesti nyanyi-nyanyi dulu. Itu la rutinnya tu. Senang saja kalau mau tau Hana mau tidur, selain dia menggosok-gosok mata, kalau letak dalam  buaian mesti menyanyi. Itu la cara dia untuk menidurkan diri sendiri. Selain tu, Hana tidur sambil menyusu dengan aku.

Mula-mula Hana memang sangat-sangat memilih. Aku baru sampai untuk ambil dia sudah buat muka biut, menangis. Tapi sekarang, bila ditinggalkan dan diambil, rilek ja, macam tidak heran. Syukur lah, tidak juga Amit susah memujuk, Hana sudah geng dengan nenek Amitnya. Dengan durang mama, bapa, adik-adik aku pun dia tidak menangis lagi. Hari tu keluar dengan Juquine pun diam-diam jak kena dukung. Kalau mula-mula tu, belum sampai 30 saat, sudah nangis. Oleh itu, Hana sekarang tidak berapa memilih lagi. Harap-harap balik raya di kampung babahnya pun begini la juga Hana ya..

Ketawa pun rajin juga sudah, (note that smile and giggle are not the same). Selama ni senyum saja kan, itupun susah-susah mo tingu dia senyum. Sekarang buat la lawak buduh sikit kasi bida-bida tu muka, boleh la dia ketawa, tapi jangan expect dia ketawa melakak-lakak macam mamanya, dia ni ketawa macam babahnya kali aa.. tapi still juga ketawa kan?

Hana bagi respon yang aktif kalau aku menyanyi. Especially lagu hindustan hahahaha! Lagu favorite, Har Dil Jo Pyar Karega hehehe. Jadi kalau dia bosan-bosan aku nyanyi la lagu ni sambil menari ala-ala Rani Mukherjee hahahaha. Most of the time mesti si Hana pun kasi lompat-lompat kakinya macam mo joget juga sama aku.

Sekarang apa-apa yang aku pegang semua dia mau pegang tarik masuk dalam mulut. Adakah itu sign of readiness for food? Nanti la kasi try Hana makan bubur nasi, campur EBM sikit. Tidak juga terkejut sangat, ada juga bau-bau susu tu.

Kalau marah, Hana punya suara tu subhanallah.. teriak-teriak macam kena pukul, serupa tune orang teriak minta tolong ni. Sabar saja lah. Oleh itu, kalau sudah start marah, wajiblah di attend ASAP. Kalau tidak melarat la marahnya tu. Kalau dulu, tidak juga teriak-teriak tuh, huhu..

Ada lagi satu, asal aku memasak mesti mo ikut ke dapur, babahnya la yang pegang. Padahal di ruang tamu sejuk dari dapur yang berasap tu. Apa saja la asalkan tidak menangis.

Itu lah dia my dear Hana.. si tumil-tumil kata babahnya..sayang Hana! :)

Thursday, August 4, 2011

Menu sungkai

Sungkai dalam bahasa brunai kedayan bermaksud berbuka puasa. Sudah masuk hari ke-4 berpuasa, alhamdulillah.. rasa sekejap betul masa berlalu...

Setakat ni, belum lagi aku membeli belah di pasar Ramadhan. Antara sebab-sebabnya:

1. Aku takde tekak la nak makan nasi kedai Ramli (Bujang Lapok)
2. Malas mo angkut Hana di petang yang sangat-sangat panas ni, boleh dehidrat begini ni.
3. Rajin pula masak-memasak sekarang ni.

Kalau ingat-ingat balik, tahun-tahun lepas, boleh masam muka kalau tidak di bawa ke bazaar Ramadhan, mau juga berjalan-jalan, cuci-cuci mata dan berbelanja beli juadah berbuka. Sanggup pula tu meredah panas, susah payah mencari parking kereta, pregnant pula tu. Memasak sendiri? Jauh sekali. Alasan, penat la... Tapi memang masa tu aku penat pun, demam pula tu masa puasa. Kalau menjelang petang, badan menjadi sejuk, terketar-ketar pakai selimut. Masa sihat tu mau juga-juga ke bandar.

Sekarang, habis saja sekolah, singgah dulu ke kedai runcit, mungkin boleh beli bahan untuk memasak, beli jus untuk berbuka puasa. Ambil Hana, mandikan si damit ni, kami rehat-rehat tunggu abang Rijan balik. Dia balik terus bagi Hana sama babahnya, aku masak.

Tapi jangan silap, entah-entah berapa hari jak begini, hari-hari seterusnya beli saja hahaha.

Setakat ni, ini la menu sungkaian kami..
Hari pertama: Nasi Arab aka nasi beriani, kek coklat, sirap peng. (Macam beli di kedai kata Abang Rijan)
Hari ke-2: Nasi putih, udang masak merah, air laici. Abang Rijan ada beli tapai, ikan bakar. Aku nda termakan pun tapai tu.. membazir saja.
Hari ke-3: Chicken chop, mushroom gravy. Patutnya ada kentang goreng tapi tidak sempat sebab lambat mula masak. Minum air jagung laici peng. Abang Rijan cakap sedap, sehingga menjilat jari. Lain kali teringin makan chicken chop boleh buat sendiri sudah, tambah sayur salad dengan mayonis, yummy!

Hari ke-4? Tidak tau lagi, insya Allah mau masak ayam masak kurma, dan peria tumis dengan udang. Memang tidak terbayang pula menu-menu beli di bazaar ni.. kalau dulu, itu la yang difikirkan dulu, mau beli apa aa petang ni?

Harap-harap la semangat memasak sungkai berkekalan hingga hujung puasa.. seronok rupanya memasak sendiri ni hehehe..

Monday, August 1, 2011

Puasa as a fully breastfeed mother

Sebelum mula puasa, macam-macam cerita aku dengar tentang kepayahan seorang ibu yang fully bf berpuasa. Jujurnya, waktu tidak puasa pun aku sentiasa lapar, makan pagi pun biasanya 2 makanan berat.

Alhamdulillah, puasa hari ini sebagai ibu buat kali pertama dan juga fully bf, dapat dilalui dengan baik sekali. Tiada lapar yang sampai bergegar-gegar. Sahur pun ada makan berat (nasi dan lauk, sup) dan juga buah kurma 2 biji.

Sempat pula ke bandar membeli bahan-bahan memasak, jadi juga nasi arab @ nasi beriani yang Abang Rijan cakap sedap macam beli di kedai.

Nasib baik juga hari ni cuti peristiwa sempena sukan sekolah Sabtu lalu, jadi dapatlah bersantai di rumah. Cuma esok belum tahu lagi, prestasi pump susu, we'll see.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati Allah swt..
Yang pasti Ramadhan kali ini lebih manis dengan kehadiran orang baru di rumah. :) Alhamdulillah..

Sunday, July 31, 2011

Tidur, Berjaga, Kuning dan lain-lain.

Masa Hana baru dilahirkan, susah hati betul masa tu, tidur saja kerjanya. Manakan tidak, jaundice (kuning) Hana waktu tu sampai tahap membimbangkan, even it is common among babies (ayat Doktor Ong), Hana has been diagnosed with prolonged jaundice, which can lead to any possible problems to baby. Sudah la kena suspect thyroidism, huhuhu... sedih gila ni. Kalau diikutkan sangat emosi waktu tu, nauzubillah boleh dapat postpartum stress/depression. Asal laki ku mo pergi kerja ja aku menangis, tanda-tanda la tu.

Hana sudah umur 2 bulan, baru la nurse cakap kuning dah takde dah. Dalam masa 2 minggu yang pertama, memang naik boring dan emosi dengan hospital,tapi terpaksa juga sebab kalau tidak pergi hospital tidak kan la dibiarkan anak sakit kuning begitu. Pantang pun macam tidak berpantang. Sampai naik menyampah dengan hospital. Ambil darah 2 kali, helloo! Bukan sikit tau, mau 5ml juga darah diambil. Do you know, babies' vein are very small, kalau darah kita kena ambil, sekejap ja penuh tu 5ml kan. Kalau baby, kecil halus lagi macam si Hana belum 1 bulan, urat darahnya sangat la halus, besar lagi jarum tu dari uratnya. Sekali cucuk bukan semestinya dapat terus 5ml.

Ini pengalaman aku melihat Hana dicucuk-cucuk sana sini.

Cucuk dulu urat di atas tangan (nda ingat kanan ka kiri), nanti nurse cakap, ala, nda keluar la darahnya.. sorry ah.. mo cuba tempat lain lagi..ketika ini aku sedaya upaya memujuk Hana yang sedang menangis bagai didera oleh mama tiri ni. Cucuk lagi tangan sebelah.. ala.. nda keluar la darahnya ni.... sabar.... cucuk lagi urat kaki... pun tidak dapat. Last-last panggil doktor, cucuk urat di kaki yang sangat halus itu, diregang-regangkan lagi kaki tu supaya darah dipaksa keluar, lepas tu anak menangis kesakitan. Hai... bila ingat balik, rasa macam luluh saja hati ni.Mana lagi hati seorang mama yang kebaruan jadi mama sedih lihat anak macam tu, mana lagi kena kawal emosi supaya dapat pujuk anak menenangkan si damit  tu..

Ya, waktu tu aku kebaruan jadi mama, aku langsung tidak sangka sampai begitu sekali terjadi kepada Hana, ingatkan, lepas bersalin, duduk-duduk rumah, berpantang dengan jayanya, melayan anak kecil, a bit struggling to breastfeed lil one, ala-ala gitu la.. ini tidak, part struggling to breastfeed, YES. yang lain, ulang alik ke hospital dengan luka di bawah tu yang masih terasa, check in hospital, kena tahan 2 malam, kena cakap lagi susu tidak baik... urgghhh!!!

Itu belum lagi cerita, sudah 6 hari bersalin, baru dapat check out dari hospital. Hai hai haiii.... Hana kena tahan lagi dalam SCBU, tugil-tugil tidak pakai baju, tutup mata pakai kapas dan selotep hospital tu, piknik bawah lampu biru.... hai hai haiiii lagi sekali...

In fact, sepanjang kejadian 1 bulan lebih tu, si Hana belum ada nama lagi, mula-mula plan mo kasi nama Myra, tapi lepas malam pertama di wad kanak-kanak, kuning Hana di tahap kalau naik lagi sikit, pergi Likas, blood transfusion, terus abang Rijan suruh tukar nama. Aku sebagai mama baru, trauma, terus saja setuju. Tiada fikir panjang,

Bila ingat-ingat balik, alhamdulillah... Hana sihat saja sampai sekarang. Hospital cakap, kalau dalam 2 bulan tiada kena call pasal darah tu, maknanya tiada apa-apa la tu.. sampai Hana mo masuk 6 bulan, tiada kena call, tiada apa-apa la tu..

Sebenanrnya entry ini adalah mengenai Hana yang dulu kuat tidur, sekarang mo kasi tidur pun susah. Tidurnya 30-40 minit, berjaga 2-3 jam. Tapi tidak apa lah, mama sayang sama Hana, mo berjaga mo bermain, main la sayang, mama layan saja.

Akhirnya tidur juga Hana, main saja kerja sekarang, :)

Wednesday, July 27, 2011

Eggless Choco Moist Cake- new version.




Hari tu, my sister try la resepi eggless choco moist yang aku post tu. Komennya, kurang sesuai dengan seleranya, dan mesti mo guna butter juga. So, hari ni tercapai cita-cita membakar kek coklat lembab tanpa telur ni, tapi kali ni ubah suai sedikit  resepinya. Bagi aku, memang sedap daripada yang asal, lebih moist dan kurang bau soda bikarbonat.Abang Rijan makan sampai licin, tinggal 2 potong jak lagi hehe. Insya Allah, malam ni baking mode lagi, mo bagi adik-adik aku.

Bahan-bahan:

*Tepung 1 cawan
*Baking powder 1/2 sudu teh
*Baking soda 1 sudu teh
*Serbuk koko (unsweetened) 6 sudu makan
*granulated sugar 3/4 cawan (guna gula castor) tukar dengan tepung gula.
*minyak sayur 1/2 cawan (guna olive oil) guna butter pada suhu bilik
*hot coffe 1/4 cawan ( 1 sudu teh nescafe dan 1/4 cawan air panas)
*susu 1/4 cawan (fresh milk ducth lady) tambah jadi 1/2 cawan
* Yogurt (guna yogurt nestle perisa strawberi) 1/4 cawan (plain)
* Vanilla Extract 1 sudu makan
 *Coklat cip secukupnya.

Cara-caranya:
Panaskan oven 170 c.
Campurkan semua bahan kering, ayakkan. Buat lubang ditengah-tengah campuran bahan kering. Tambah bahan basah satu persatu, adun menggunakan spatula. Campurkan coklat cip pada tepung, kemudian campurkan coklat cip yang bersalut tepung ke dalam adunan kek tadi. Bakar selama 30 minit. Kalau rajin boleh tambah topping.

Thursday, July 21, 2011

Tips memeriahkan hasil pump susu.

Ini baru berlaku sebentar tadi. Jadi sebelum aku lupa, aku mau blog di sini dulu.

Tips untuk perbanyakkan susu perahan.

1) Untuk orang Islam, bolehlah baca
“لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ (Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku).”
Alhamdulillah, masa tengah pump susu, terbaca ayat ni di status orang di FB, susu keluar mencurah-curah. Subhanallah.

2) Hati musti mo happy, gembira, tenangkan fikiran. Jangan fikir masalah-masalah yang akan menyebabkan anda stress. Tadi terbaca status kakak ku, entah kenapa aku macam terhibur, keluar lagi mencurah-curah susu itu. Hari tu, kelam kabut mo pump susu, perut lagi lapar, rasa badan pula panas sebab haba di dewan, sudahnya, susu bengkak,tapi bila pump, susu keluar 2 3 titik sahaja.

Banyak lagi tips sebenarnya, kebanyakan kakak aku la yang kasitau, dan lain-lain di google dan bertanya kawan-kawan. Ok le tu =)